Now Reading
[Video] Anak Bawa Keputusan Cemerlang Di Pusara Untuk ‘Beritahu’ Ayah. Sebak Sungguh

[Video] Anak Bawa Keputusan Cemerlang Di Pusara Untuk ‘Beritahu’ Ayah. Sebak Sungguh

Siap berlari pantas untuk ‘bercerita’ dengan arwah ayah. Tersentuh betul hati bila tengok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kasih ibu dan bapa akan membawa ke syurga.

Satu ungkapan yang tidak akan dilupakan oleh mana-mana insan di dunia ini, terutamanya anak-anak. Walaupun mereka sedar bahawa ibu bapa mereka sudah tiada lagi di dunia, mereka masih akan menyimpan segala ‘cerita’ di dunia untuk dikongsikan kepada insan tersayang.

Menerusi doa, mahupun ketika menziarahi pusara.

Lebih-lebih lagi apabila si anak mencapai sesuatu keinginan atau berjaya mengotakan janji yang pernah diungkapkan sebelum pemergian insan tersayang.


Ibu sebak, anak bawa keputusan cemerlang ke pusara ayah

Sama juga seperti apa yang dilakukan oleh anak kecil ini di mana dia dilihat membawa keputusan cemerlang yang diperolehnya di pusara bapanya.

Perkongsian video pendek tersebut telah dimuat naik sendiri oleh ibunya di TikTok (ARYSU87) dan kini berjaya meraih 655,000 tontonan.

Allahuakbar. Jatuh air mata ibu bila anak yang rapat dan manja dengan ayah bawa keputusan cemerlang di pusara untuk cerita pada arwah ayah.

ARYSU87 menerusi TikTok.
@arysu87

allahhuakbar..jtuh air mate ibu..bile ank yg rapat n manje gn ayh,dtg bwa anugerah cmerlang dpusara.nk cerita kt arwah ayh.

♬ Ayah – Laoneis

Menjengah di ruangan komen video tersebut, kami mendapati rata-rata netizen turut terharu dan sebak dengan perbuatan anak kecil itu. Mana tidaknya, dia siap berlari pantas untuk ke pusara arwah bapa demi menceritakan khabar gembira.

Kami yang tengok ini pun tersentuh hati.

Menurut pemeriksaan kami, kanak-kanak lelaki berkenaan begitu manja dan rapat dengan arwah bapanya sebelum ini. Mungkin sebab itulah dia dilihat tak sabar untuk ‘bercerita’ dengan ayahnya.

Apa pun, semoga arwah sentiasa tenang di sana. Al-Fatihah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd