Now Reading
Budak Lelaki Buat Laporan Lokasi Guna Loghat Kedah Buat Netizen Terhibur

Budak Lelaki Buat Laporan Lokasi Guna Loghat Kedah Buat Netizen Terhibur

Wartawan cilik itu melaporkan penemuan ular sawa batik yang sangat di Pasar Awam Pekan Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila terjumpa ular sawa bersaiz besar, mesti semua orang akan terkejut dan dalam masa yang sama akan berasa takut.

Sama seperti apa yang berlaku pada Ahad (23 Januari) ketika seorang kanak-kanak lelaki terjumpa seekor ular sawa di Sungai Petani, Kedah.

Ketika itu, mereka sedang membersihkan kawasan pasar yang merupakan tempat berniaga dan agak pelik apabila melihat air bertakung di dalam longkang berhampiran.

Bila dilihat, rupanya ada seekor ular sawa dianggarkan seberat 30 kilogram ditemui di dalam longkang tersebut.

Selepas habis berniaga sayur-sayuran kami, saya simbah air ke dalam longkang tetapi airnya bertakung bukan disebabkan sampah. Rupa-rupanya ada seekor ular sawa batik.

Bapa kanak-kanak lelaki, Mohd Asyraf Ahmad.

Buat laporan di lokasi gaya wartawan

Teruja dan terkejut dengan penemuan tersebut, kanak-kanak lelaki itu terus membuat ‘live’ di Facebook miliknya Haziq Atan.

Siapa sangka ‘live’ yang dibuat hanya untuk suka-suka kini mendapat perhatian hampir seluruh rakyat Malaysia.

Kepetahan kanak-kanak berusia 12 tahun ini ketika membuat laporan tentang penemuan ular sawa tersebut menggunakan loghat Kedah membuatkan ramai terhibur.

Walaupun penyampiannnya dikatakan agak tercungap-cungap kerana bergerak ke sana sini, namun suaranya jelas serta lengkap dengan informasi.

Wah, ada bakat adik ni. Boleh jadi wartawan bila besar nanti.

Boleh lihat video penuh [DI SINI].

Ular sawa berjaya ditangkap

Selepas tular video tersebut dalam kalangan pengguna media sosial, penduduk di kawasan berkenaan segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Muda.

Beberapa jam selepas itu, ular sawa batik itu telah berjaya ditangkap dengan selamat oleh anggota APM.

Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

APM turut mengucapkan terima kasih kepada ‘wartawan cilik’ tersebut kerana peka dan melaporkan keadaan sekeliling dengan baik.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd