Now Reading
Ibu 3 Anak Ceburi Industri Labu Sayong Untuk Sara Keluarga

Ibu 3 Anak Ceburi Industri Labu Sayong Untuk Sara Keluarga

Industri yang kurang mendapat perhatian ramai ini dilihat berpotensi besar untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarganya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zaman sekarang ni ada macam-macam cara untuk jana pendapatan bagi menyara kehidupan.

Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi ini, berniaga pun dah boleh secara atas talian sekarang.

Macam-macam platform berniaga yang ada seperti di Facebook, Shopee, Carousell, Lazada dan banyak lagi.

Kemudahan dah ada, tinggal nak mulakan sahaja. Semuanya bergantung kepada kemahuan diri sendiri.

Tetapi, zaman moden ini boleh dikatakan tak ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perusahaan seni bagi mencari duit poket.

Ceburi industri Labu Sayong untuk jana pendapatan

Wanita berusia 53 tahun yang dikenali sebagai Sazilah Mohd Yusof telah mencabar dirinya untuk menceburi bidang perusahaan seni tembikar iaitu Labu Sayong.

Industri yang kurang mendapat perhatian ramai ini dilihat berpotensi besar untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarganya.

Pandemik yang berlaku menyebabkan ramai terkesan dan agak sukar untuk mencari pendapatan bagi menyara hidup.

Wanita ini bercerita kepada media bahawa pada awalnya dia tidak berminat untuk menceburi bidang tersebut.

Kredit: Oh My Media

Namun, disebabkan desakan hidup dia mula belajar sedikit demi sedikit daripada suaminya yang berkemahiran dalam industri pembuatan Labu Sayong.

Sebenarnya yang mahir membuat Labu Sayong adalah suami saya. Dia yang belajar dan pergi tengok kawan-kawan buat selepas habis kerja.

Sazilah Mohd Yusof.

Dia mengakui agak sukar pada mulanya kerana masih kurang mahir serta tiada alat-alatan yang mencukupi.

Saya akui ketika mula-mula menghasilkan Labu Sayong memang susah. Kita tidak mahir serta tiada mesin dan tanah liat pun beli yang sudah siap dibancuh.

Sazilah Muhd Yusof.

Jelasnya lagi, proses untuk memasuki pasaran juga agak sukar kerana ada yang mengatakan produknya tidak elok dah kurang berkualiti.

Namun pada tahun 2000, wanita itu mula melibatkan diri dalam bidang ini secara serius dan mampu menghasilkan Labu Sayong sendiri dengan bayaran RM600.

Kredit: Oh My Media

Pada tahun 2013 pula, perniagaan Kraf Hanis Labu Sayong yang terletak di Kuala Kangsar, Perak itu sudah mula berkembang maju sehingga memerlukan bantuan beberapa orang pekerja yang mempunyai latar belakang sebagai seorang suri rumah.

Walaupun berdepan beberapa cabaran, dia tidak pernah berputus asa untuk terus memperbaiki kelemahan yang ada sehingga perniagaannya mampu bertahan selama 21 tahun.

Kredit: Oh My Media

Sazilah meluahkan rasa bersyukur atas inisiatif dan modal RM500 yang dipinjam daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi memulakan perniagaan Labu Sayong ini.

Anda yang berminat dengan mendapatkan kraftangan Labu Sayong keluaran Kraf Hanis, boleh terus hubungi Puan Sazilah di talian 018-5718843 atau layari Facebook Kraf Hanis Labu Sayong – Mehans Enterprise.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd