Now Reading
Universiti Malaya Lantik Ahli Lembaga Pengarah Termuda. Syabas!

Universiti Malaya Lantik Ahli Lembaga Pengarah Termuda. Syabas!

Individu tersebut dikenali sebagai Danesh Raj Nagarajan, 26, berasal dari Semenyih, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Universiti Malaya merupakan universiti pertama yang ditubuhkan di Malaysia.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII – ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles – ditubuhkan pada 1929).

Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949.

Kredit: Malay Mail

Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura dan kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura.

Manakala, satu lagi di Kuala Lumpur mengekalkan nama Universiti Malaya.

Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.

Wah, recap sejarah pula.


UM cipta sejarah lantik Ahli Lembaga Pengarah termuda

Universiti Malaya (UM) baru-baru ini menarik perhatian apabila pihak universiti tersebut telah melantik seorang individu berusia 26 tahun sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah di UM.

Individu tersebut dikenali sebagai Danesh Raj Nagarajan, 26, berasal dari Semenyih, Selangor.

Dia dilantik berdasarkan penglibatannya dengan alumni UM.

Ini baru pecah rekod. Board of Director termuda!

Syukur saya diberi kepercayaan dan amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya. Varsiti ini dan warganya telah menjadikan saya seorang manusia yang berguna! Sudah tentu UM dan tradisinya mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya. Dengan kudrat yang ada saya akan lakukan tugas semak dan imbang tanpa kompromi demi masa depan sahabat mahasiswa, alumni serta varsiti kesayanganku.

Danesh Raj Nagarajan melalui perkongsian Facebook.

Bangga betul ada anak Malaysia yang berjaya mencapai kejayaan seperti ini.

#PROUD!

UM ucap tahniah

Pihak universiti tersebut juga tidak melepaskan peluang mengucapkan ribuan tahniah buat pelantikan yang telah diterima ini.

Untuk rekod, setakat ini terdapat 10 orang yang berada dalam senarai Ahli Lembaga Pengarah di UM.

Antaranya:

  • YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim
  • Professor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor
  • Ar. Saifuddin Ahmad
  • Tan Sri Zarinah Anwar
  • Datuk Rosnah Hj. Abd Rashid Shirlin
  • Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff
  • Tan Sri Dato’ Dr. R. Palan
  • Tan Sri Abd Rahim Mohamad
  • Danesh Raj Nagarajan
  • Professor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman

Perjelas isu pelantikan berunsur politik

Pelantikan ini juga membuatkan Danesh terpalit dengan unsur fitnah di mana ada segelintir pihak yang menganggap bahawa dia dilantik oleh kerana dia merupakan pegawai kepada Datuk Seri Azalina Othman Said.

Oleh disebabkan itu, dia terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar.

Ramai memberikan pandangan dan andaian bahawa saya telah dilantik atas sebab saya merupakan pegawai kepada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said dan ianya berunsurkan politik. Di sini secara jelasnya saya ingin maklumkan bahawa pelantikan ini berlaku atas usaha dan jasa bakti saya selama membantu Universiti Malaya sebagai Pemimpin Mahasiswa, Alumni dan Felo Kolej Kediaman. Pelantikan ini tidak ada sebarang unsur politik yang melibatkan tugas hakiki saya sebagai Pegawai kepada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Danesh Raj Nagarajan melalui perkongsian Facebook.

Dia turut meminta doa serta sokongan orang ramai untuk membuktikan segalanya.

Apa pun, pihak TRP mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Danesh. Semoga amanah yang diberikan ini dipikul dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd