Lelaki Melayu Perform Lagu Kantonis Demi Hiburkan Uncle Cina Di Hospital. Cutenya!
Suara lelaki Melayu tu boleh tahan sedap.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Malaysia dikenali sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk iaitu kaya dengan budaya dan adat resam serta kaum dan bangsa yang perbagai. Secara praktis amat sukar menyatupadukan kaum berbeza agama, budaya dan cara hidup.
Namun, dengan penubuhan Malaysia – perpaduan rakyat dapat dilaksanakan dan direncanakan hasil kepemimpinan kerajaan terdahulu.
Ditambah pula dengan pelancong daripada dalam dan luar negara yang tertarik melihat sendiri gaya hidup masyarakat yang mempunyai budaya unik ini.
#ProudMalaysian.
Terbukti!
Hal ini lebih jelas terbukti apabila baru-baru ini satu perkongsian video di TikTok @ivy_Neoh memperlihatkan seorang lelaki Melayu mendendangkan lagu bahasa Kantonis buat seorang pakcik berbangsa Cina di dalam wad yang sama.
Pakcik Cina itu juga merupakan bapa kepada Ivy Neoh, pengguna TikTok tersebut.
Glad to see people from difference races coming along together. Thank you uncle for entertaining my sick father with a great Cantonese song.
Ivy Neoh melalui kapsyen video tersebut.
Video tersebut sememangnya memberi bukti bahawa tiada perbezaan yang mampu memisahkan rakyat Malaysia, termasuk soal perbezaan bangsa.
@ivy_neoh Glad to see people from difference races coming along together. Thank you uncle for entertaining my sick father with a great Cantonese song 🥰🥰
♬ original sound – Ivy_Neoh
Uish, sedap pula tu suara.
Pandai betul dia cari cara untuk menghiburkan jiran di katil sebelah.
The beauty of Malaysia
Video tersebut turut mendapat perhatian orang ramai dan kini berjaya meraih lebih 74.5 ribu tontontan ketika artikel ini ditulis.
Netizen pun bangga dan tersentuh dengan tindakan lelaki Melayu itu.
Malah, ramai juga mendoakan semoga mereka berdua diberikan kesembuhan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.