Now Reading
Malaysia Bikin ‘Comeback’ Di Instagram Rasmi Apple

Malaysia Bikin ‘Comeback’ Di Instagram Rasmi Apple

Instagram rasmi Apple mempunyai pengikut sebanyak 26.4 juta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


WE. ARE. SO. PROUD.

Jika sebelum ini, beberapa hasil kerja juru gambar dari Malaysia pernah meraih perhatian Apple. Contohnya; foto dari Terengganu, Perlis, Sabak Bernam dan banyak lagi yang telah berjaya mendapat tempat di feed Instagram rasmi milik Apple.

BACA JUGA: Apple Just Featured This Malaysian Student’s Stunning Paddy Field Picture In Selangor

Tidak dinafikan, apabila hasil kerja rakyat Malaysia terpampang di muka dunia – ianya secara tidak langsung melahirkan rasa bangga apabila wujudnya anak muda yang berbakat antarabangsa seperti ini.

I was walking on the beach and saw this beautiful, fluffy cloud that reminded me of a rocket, and I was carrying an empty bottle. Using perspective in unique ways is what helps distinguish my imagination from others.

Kapsyen Muhammad Nuaim melalui Instagram.

Posting tersebut telah dimuat naik oleh Apple sekitar 10 jam yang lalu dan setakat ini berjaya mendapat lebih 246,277K likes.

Pemilik foto sebenar, @nuaim.z__ dilihat bangga dengan pencapaiannya itu membalas komen berterima kasih kepada pihak Apple di atas ‘pengiktirafan’ ini.

Mana tidaknya, bukan senang untuk syarikat elektronik terbesar di dunia ini memilih hasil kerja mana yang mereka berkenan.

Yang terpampang di feed mereka, semuanya extraordinary!

Kuantan, Pahang

Jika mengikut lokasi yang telah ditetapkan dalam foto asal, ianya telah diambil di Kuantan, Pahang dan juga merupakan negeri asal juru gambar ini.

Lepas ini negeri mana pula akan muncul di feed Instagram Apple? 😉


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd