Now Reading
[Video] Anggota Polis Nangis Teresak-esak Dapat Berita Ibu & Ayah ‘Ditidurkan’

[Video] Anggota Polis Nangis Teresak-esak Dapat Berita Ibu & Ayah ‘Ditidurkan’

Anggota tersebut dilihat berseragam lengkap dipercayai sedang bertugas namun tidak menahan sebak susulan berita yang diterimanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini banyak juga didengari bahawa pesakit Covid-19 ditidurkan dalam rawatan intubasi dengan dibantu oleh mesin pernafasan.

Menurut Ketua Jabatan Anestesiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya Prof Dr Ina Ismiarti Shariffuddin, beliau menjelaskan prosedur bius untuk menidurkan pesakit Covid-19 dan pesakit diminta mengucapkan kalimah syahadah bukan menandakan seseorang itu nazak atau tiada harapan hidup.

Katanya, pesakit yang ditempatkan di ICU sememangnya kritikal dan sebagai salah satu cara merawat dengan ditidurkan untuk memberikan bantuan pernafasan.

Untuk rekod, di dalam Islam memang umatnya disuruh mengucap sebelum tidur.

Walau bagaimanapun, tidak semua pesakit Covid-19 ‘ditidurkan’ kerana banyak kriteria diambil perhatian sebelum pakar buis memutuskan tindakan lanjut dalam memberikan rawatan.

Anggota PDRM sedang bertugas terima berita ibu dan bapa ‘ditidurkan’

Baru-baru ini telah viral satu klip video pendek di media sosial di mana seorang anggota polis yang dilihat menangis selepas mendapat berita tentang ibu bapanya yang baru ditidurkan.

Video tersebut sememangnya menyentuh hati oleh kerana dia yang dilihat berseragam lengkap dipercayai sedang bertugas namun tidak menahan sebak susulan berita yang diterimanya.

Allahu, tak dapat bayangkan berada di tempatnya ketika ini.

Netizen doakan semuanya baik-baik

Warganet yang menonton video tersebut turut terkesan dengan apa yang berlaku. Tambahan pula, ada juga yang berkongsi telah merasakan pengalaman seperti ini.

Apa pun, semoga ada keajaiban yang diberikan buat anggota polis dan kedua-dua ibu bapanya agar mereka cepat sembuh.

Amin YRA.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd