Now Reading
[Video] Panduan Bawa Pesakit Covid-19 Guna Kenderaan Sendiri. PENTING!

[Video] Panduan Bawa Pesakit Covid-19 Guna Kenderaan Sendiri. PENTING!

Salah satunya adalah elak menggunakan penghawa dingin dan hanya buka tingkap untuk menurunkan transmisi virus >50%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mungkin ramai masih tidak tahu cara dan panduan yang betul untuk membawa ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang telah disahkan positif Covid-19 dengan menaiki kenderaan sendiri untuk ke hospital.

Perkara ini adalah penting untuk diketahui supaya sejurus individu tersebut disahkan positif, anda boleh terus membawa mereka ke hospital tanpa menunggu bantuan pihak hospital.

Lebih cepat, lebih baik.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa membawa pesakit Covid-19 ini adalah berbeza dengan pesakit lain.

Ini kerana virus merbahaya ini amatlah mudah untuk merebak dan berjangkit.

Panduan asas

Satu video ringkas oleh seorang Doktor Perubatan telah mula tular di media sosial baru-baru ini di mana dia menerangkan bagaimana cara untuk membawa pesakit Covid-19 ke hospital menggunakan kenderaan sendiri.

Terutamanya, pesakit yang bergejala teruk, sesak nafas dan sebagainya.

Cara-caranya adalah:

  1. Pemandu perlu memakai PPE asas iaitu pelitup muka N95, face shied, sarung tangan dan apron plastik.
  2. Pesakit Covid-19 yang dibawa tidak perlu memakai pelitup muka 3-ply, cukup dengan hanya memakai 3-ply surgical mask biasa.
  3. Amalan penjarakan fizikal di dalam kenderaan (pesakit perlu duduk di belakang dan bertentangan dengan pemandu serta pastikan jarak anda dengan pesakit adalah sejauh mungkin.
  4. Pastikan pengaliran udara yang cukup dalam kereta. Elak menggunakan penghawa dingin dan hanya buka tingkap untuk menurunkan transmisi virus >50%. Pastikan tingkap dibuka secara diagonal berlawanan dengan tempat duduk penumpang.

Setelah pulang ke rumah, anda disarankan untuk membersihkan diri serta nyahkuman kenderaan dengan mengelap setiap permukaan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd