Now Reading
Siapa Ismail Sabri? Dari Menteri Kanan Ke Timbalan Perdana Menteri & Kini Perdana Menteri Ke-9

Siapa Ismail Sabri? Dari Menteri Kanan Ke Timbalan Perdana Menteri & Kini Perdana Menteri Ke-9

Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri selama sebulan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara nama yang tidak lekang di bibir rakyat jelata pada ketika ini. Siapakah beliau ini sebenarnya?

Dari Menteri Kanan hingga (kemungkinan besar) menjadi calon Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan. Ianya merupakan kenaikan berterusan bagi Datuk Seri Ismail Sabri di tengah-tengah pergolakan politik, pandemik, dan ekonomi di Malaysia pada ketika ini.

Sekiranya beliau berjaya menyandang jawatan Perdana Menteri, ahli parti UMNO ini akan menghadapi cabaran iaitu; pemulihan negara yang kini sedang berjuang dengan pandemik dan kesan yang perlu diterima.

Ahli Parlimen Bera ini telah berkecimpung dalam dunia politik selama lebih dari 20 tahun dengan jawatan terakhirnya sebagai Anggota Kabinet PN di bawah pimpinan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin – pada mulanya telah berkhidmat sebagai Menteri Kanan sebelum beralih menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai Menteri Kanan (Pertahanan), salah satu tugasnya adalah memberi tahu rakyat mengenai perkembangan terkini berkaitan dengan aktiviti bukan kesihatan seperti rondaan sempadan dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ayuh kita lihat kembali sejarah dan kebangkitan beliau dalam dunia politik.


Permulaan

Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat pendidikan awal di negeri ini sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya.

Beliau juga merupakan bapa kepada empat orang anak termasuk Dafi, seorang peserta program realiti TV, Akademi Fantasia pada pertengahan tahun 2000.

Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik, beliau pernah menjadi peguam dan memegang jawatan sebagai Pengarah Lembaga Pembangunan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia dan Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil.

Tugas pertamanya sebagai Menteri Kabinet bermula pada tahun 2008 di mana beliau adalah Menteri Belia dan Sukan di bawah kepimpinan Tun Abdullah Badawi.

Beliau kemudiannya menukar portfolio beberapa kali sehingga 2018 termasuk menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (2009 – 2013), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2013-2015) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (2015-2018).

Terdahulu, beliau terlibat dengan sedikit kontroversi ketika pembukaan MARA Digital Mall, yang seharusnya menjadi alternatif dan pesaing Low Yat Plaza setelah satu kejadian yang pernah viral suatu ketika dahulu.

Kredit: Malay Mail

Kembali kepada kerajaan

Beliau kembali ke Kabinet sebagai sebahagian daripada gabungan baru iaitu Perikatan Nasional (PN); di antara Parti Bersatu Bumiputera Malaysia (Bersatu), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Barisan Nasional (BN).

Beliau adalah salah seorang daripada empat Menteri Kanan yang dilantik bersama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri); Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya) dan Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Pelajaran).

Setelah wujudnya wabak Covid-19 di Malaysia, beliau menjadi salah satu jurucakap bagi pihak kerajaan bersama dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kredit: Malay Mail

Naik pangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri

Tugas Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri agak pendek kerana beliau dilantik ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik kembali sokongan terhadap Perikatan Nasional.

Diumumkan pada 7 Julai bahawa beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang akan terus mengawasi portfolio Kementerian Pertahanan.

Beliau bukan satu-satunya yang mendapat jawatan baharu kerana Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga dinaikkan pangkat menjadi Menteri Kanan.

Hishammuddin ditugaskan untuk mengetuai Kluster Keselamatan dengan mengambil alih tugas tersebut dari Ismail Sabri, selain membantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

Sementara itu, TPM seharusnya membantu Perdana Menteri dalam menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat.

Dengan peletakan jawatan Perdana Menteri, kedudukan Ismail Sabri dalam Kabinet secara automatik digugurkan.

Kredit: Malay Mail

20 Ogos 2021 dalam sejarah.

Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Ke-9

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesembilan.

BACA SINI: [Terkini] Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-9

Proses seterusnya ialah lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada 21 Ogos 2021 di lstana Negara.

Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka Baginda kepada pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri dengan melakukan penelitian dan pemerhatian yang lebih mendalam menerusi surat akuan dan pengesahan melalui sesi menghadap secara fizikal dan maya dengan setiap Ahli Dewan Rakyat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd