Kemas Kini MySejahtera Terbaharu Tampil Dengan Fungsi Pembelian Kit Ujian Kendiri
Syarikat-syarikat yang ingin membeli kit ujian dalam jumlah yang banyak juga diberikan pilihan bagi mendapatkannya secara pukal.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera beri kemudahan untuk:
- Membantu kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak Covid-19.
- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak Covid-19.
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti Covid-19.
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan Covid-19.
Malah, MySejahtera Check-In menggunakan maklumat dari aplikasi mudah alih MySejahtera di mana pengguna diklasifikasi berdasarkan status risiko terhadap Covid-19, lokasi dan tanggungan yang berisiko di rumah.
Ini dapat membantu majikan membuat pelan perancangan bagi kakitangan yang perlu bekerja dari rumah.
Kemas kini baharu
Melalui kemas kini terbaharu yang disediakan, MySejahtera kini tampil dengan beberapa fungsi baharu termasuk pembelian kit ujian kendiri secara dalam talian dan penhantaran keputusan ujian kendiri Covid-19.
TERKINI: @my_sejahtera umum kemas kini aplikasi, beberapa fungsi baharu ditambah termasuk fungsi penghantaran keputusan ujian kendiri Covid-19 dan pembelian kit ujian kendiri secara atas talian. pic.twitter.com/NBbQyQTs8E
— Media Selangor (@Media_Selangor) July 30, 2021
MySejahtera juga menawarkan pembelian tiga kit ujian kendiri Covid-19 iaitu Salixium, Gmate, dan JusCheck.
Oleh itu, syarikat-syarikat yang ingin membeli kit ujian dalam jumlah yang banyak juga diberikan pilihan bagi mendapatkannya secara pukal.

Oleh itu, para pengguna diminta mengemas kini aplikasi MySejahtera secepat mungkin untuk mendapatkan peluang membeli kit ujian tersebut dengan klik pada fungsi Ujian Kendiri COVID-19 dan memilih kit ujian yang ingin dibeli.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.