Now Reading
“Tow Truck Dipandang Serong” – Video Ini Buka Mata & Beri Kebenaran Pekerjaan Ini

“Tow Truck Dipandang Serong” – Video Ini Buka Mata & Beri Kebenaran Pekerjaan Ini

“Ramai yang pandang serong dan samakan kami. Ingat kami kerja nak untung senang, anggap rezeki kami tidak halal, ingat semata-mata sebab duit.”

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pekerjaan sebagai Tow Truck Driver atau penarik kereta ini sememangnya sering dipandang serong oleh segelintir masyarakat di Malaysia.

Perkara ini disebabkan oleh beberapa kes di mana golongan ini dikatakan sengaja melakukan sesuatu perkara sehingga menyebabkan pengguna jalan raya mengalami kemalangan yang disengajakan.

Walau bagaimanapun, tidak kesemua mereka sebegitu.

Gambar sekadar hiasan.
(Sumber: Berita Harian)

Mereka juga sering dikaitkan dengan ejen penarik kereta (EPS) dan juga ‘call man’ (longkai) memandangkan kesemuanya bekerja di dalam bidang yang hampir sama.


Allianz Malaysia Ubah Perspektif.

Terbaharu, syarikat insurans Allianz Malaysia tampil dengan video ‘Sangka Baik’ yang menceritakan tentang kisah seorang penarik kereta yang dikenali sebagai Abang Mail.

Abang Mail yang bekerja di bawah syarikat Allianz Road Rangers menyedari bahawa segelintir individiu masih mempunyai mentaliti buruk serta memandang serong terhadap pekerjaannya dengan tanggapan golongan ini hanya mencari untung di atas kesusahan orang lain.

allianz

Call Man dan Tow Truck tak sama. Ramai yang pandang serong dan samakan kami. Ingat kami kerja nak untung senang, anggap rezeki kami tidak halal, ingat semata-mata sebab duit.

Abang Mail menerusi video tersebut.

Tetap Bangga Dengan Kerja.

allianz

Walau bagaimanapun, dia tidak kisah dengan semua tanggapan itu sebaliknya berbangga dengan amanah yang diberikan kerana sentiasa melunaskan tanggungjawabnya menjaga kebajikan pelanggan Allianz yang memerlukan bantuan secepat mungkin.

Aku pergi secepat yang aku boleh sebab itu tanggungjawab aku. Inilah kerja yang menjadi kebanggaan aku dan pasukan aku. Mungkin ramai yang meragui, tapi saat dikehendaki kami membantu dengan seikhlas hati. Di mana-mana sahaja, Allianz Road Ranges sentiasa bersedia. Kami bekerja dengan ikhlas demi orang tersayang.

Abang Mail menerusi video tersebut.

Oleh itu, kita semua disarankan untuk sentiasa bersangka baik terhadap pekerjaan orang lain di luar sana. Mungkin perspektif negatif mulai wujud gara-gara segelintir individu yang tidak bertanggungjawab, tapi ketahuilah bahawa ianya tidak bermakna kesemua mereka adalah sama.

Lain orang, lain cara berfikir.

Malah, masih ramai yang ingin mengejar rezeki yang halal dan sentiasa ikhlas dalam pekerjaan mereka.


Tonton video penuh di bawah:


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd