Now Reading
CTOS Tawar Laporan MyCTOS & CCRIS Percuma Untuk Tingkatkan Kesihatan Kredit

CTOS Tawar Laporan MyCTOS & CCRIS Percuma Untuk Tingkatkan Kesihatan Kredit

RinggitPlus dan iMoney juga akan bersama-sama dengan CTOS dalam kempen ini untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna.

CTOS

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


CTOS, peneraju agensi pelaporan kredit negara kini menawarkan Laporan MyCTOS dengan CCRIS secara percuma kepada pengguna sebagai inisiatif berterusan CTOS untuk memperkasakan pengguna menguruskan kesihatan kredit.

Kempen ini akan berlangsung dari 21 Februari hingga 21 Mac 2024 dan tertakluk kepada sesiapa yang mendaftar untuk perkhidmatan semakan sendiri CTOS melalui laman web CTOS.

Selain itu, rakan kongsi RinggitPlus dan iMoney akan bersama-sama dengan CTOS dalam kempen ini untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna.


MyCTOS & CCRIS

Untuk makluman, laporan MyCTOS dengan CCRIS menyediakan maklumat terperinci daripada laporan CCRIS asas kerana ia mengandungi maklumat CTOS yang eksklusif seperti:

  • Butiran kes undang-undang
  • Kebankrapan
  • Maklumat lembaga pengarah syarikat
  • Kepentingan perniagaan serta hutang bukan bank (rujukan perdagangan), sebagai tambahan kepada maklumat CCRIS (data hutang, sejarah pembayaran untuk pinjaman dan kad kredit, baki akaun, had kredit dan pertanyaan).

Institusi kewangan dan pemberi pinjaman merujuk kepada maklumat-maklumat ini semasa menilai permohonan kredit.


Festive Season

Menurut pihak CTOS, “Musim perayaan utama adalah masa di mana kita cenderung untuk berbelanja lebih. Kita baru sahaja menyambut Tahun Baru Cina dan Raya semakin hampir, menjadikannya lebih penting untuk mengetahui keadaan kewangan kita.

Gambar sekadar hiasan.

“Cara mudah untuk memahami komitmen kredit semasa anda adalah dengan menyemak laporan kredit anda.

“Melalui kempen MyCTOS dengan CCRIS percuma ini, kami boleh memberi bantuan kepada pengguna untuk memahami kapasiti kredit mereka, mengesan potensi penipuan, dan membantu mereka membuat rancangan kewangan untuk masa depan yang lebih baik,” jelas Erick Hamburger selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad.

Dan kini, lebih daripada 3.6 juta rakyat Malaysia telah mengambil langkah pertama ke arah kesihatan kewangan lebih baik dengan mendaftar untuk semakan sendiri CTOS.

[DAFTAR DI SINI]

Jika anda ingin mendapatkan Skor CTOS, boleh SEMAK DI SINI.


Untuk makluman, CTOS telah melaksanakan pelbagai program celik kewangan di seluruh Malaysia untuk meningkatkan tahap literasi kewangan orang ramai bagi menguruskan reputasi kredit mereka dengan lebih baik. Ini telah membawa kepada pemahaman lebih mendalam di kalangan pengguna Malaysia tentang nilai melakukan semakan sendiri untuk mengetahui kesihatan kredit mereka dan memastikan perancangan kewangan dan akses lebih baik kepada kredit.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd