Now Reading
Shell App Bakal Tersedia Di Semua Stesen Minyak Pada Akhir Tahun 2023. Boleh Buat Pembayaran Dari Dalam Kereta Je!

Shell App Bakal Tersedia Di Semua Stesen Minyak Pada Akhir Tahun 2023. Boleh Buat Pembayaran Dari Dalam Kereta Je!

Shell App kini tersedia untuk dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

Shell App

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Shell Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran aplikasi mudah alih baharunya, Shell App, yang bakal tersedia di semua 1,010 stesen minyaknya di seluruh negara pada akhir tahun nanti.

Pengurus Besar (Mobiliti), Shell Malaysia iaitu Seow Lee Ming menjelaskan bahawa ketika ini aplikasi berkenaan sudah boleh digunakan di 650 stesen minyaknya bermula hari ini (21 Ogos 2023).

Tambahnya lagi, aplikasi Shell App ini direka bagi menaik taraf pengalaman mengisi minyak di Shell dengan membolehkan pembayaran lebih selesa dari dalam kereta sahaja.

Sumber: TRP

Aplikasi ini dilengkapi sistem pengesahan keselamatan ‘3-D Secure’, menjadikannya aplikasi pembayaran minyak pertama dalam negara dengan perlindungan keselamatan tambahan sebagai jaminan kepada pengguna untuk pengalaman yang lebih selesa dan bebas daripada ancaman penipuan siber.

Pengurus Besar Mobiliti, Shell Malaysia, Seow Lee Ming.

Lee Ming dalam masa yang sama turut berkata, “Dalam dunia yang serba pantas hari ini, orang ramai mahukan keselesaan dan kemudahan melalui inovasi, mengikut citarasa mereka sendiri. Justeru itu, sebagai syarikat yang sinonim dengan sentiasa berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu, Shell App berfungsi sebagai komponen penting dalam meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan di Shell.”


Shell App Akan Memudahkan Pelanggan & Tawar Lebih Banyak Ganjaran

Mengulas lanjut, Shell App bukan sahaja akan memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran minyak dengan lebih selamat dari dalam kereta masing-masing, malah ia juga akan memastikan perjalanan lebih mudah dan menawar lebih banyak ganjaran.

Harapan kami adalah untuk menyediakan pengalaman yang menyeluruh dan menjadikan segalanya lebih selesa untuk pelanggan kami. Pelanggan kini boleh menebus bahan api atau croffle kegemaran mereka sambil mengumpul mata ganjaran dengan Shell App.

Pengurus Besar, Mobiliti, Shell Malaysia, Seow Lee Ming.

Kumpul Mata BonusLink

Lebih menarik, para pelanggan kini boleh mengumpul mata BonusLink daripada 3,000 peniaga dan dalam masa sama dapat menebus ganjaran ekslusif dari Shell.

Dan seperti biasa, Shell App ini juga membolehkan pengguna memantau setiap perbelanjaan dan juga mata BonusLink yang sudah terkumpul.

Selain itu, aplikasi baharu Shell ini turut dilengkapi dengan kelebihan untuk meninjau lokasi stesen-stesen Shell berdekatan dan juga fasiliti serta kemudahan yang tersedia, contohnya seperti surau, ATM, Shell café, dan sebagainya.

Shell App kini sudah tersedia untuk dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

Sumber: Berita Harian | Shell Malaysia Facebook


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd