Now Reading
Aplikasi Maybank MAE Alami Gangguan, Baki Tertera RM0

Aplikasi Maybank MAE Alami Gangguan, Baki Tertera RM0

Aplikasi Maybank MAE kini tidak boleh di log masuk dan baki pengguna akan tertera pada jumlah RM0.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aplikasi MAE Maybank difahamkan sedang mengalami gangguan pada ketika ini. Bermula jam 2 petang hari ini (7 Ogos 2023), kami mendapati ramai yang mengadu di media sosial bahawa mereka gagal untuk log masuk ke dalam akaun mereka. Malah, ada juga segelintir netizen memberitahu mereka tidak dapat menghubungi pihak Maybank bagi membuat aduan mengenai isu ini.

Ada juga di antara pengguna Maybank yang tersangkut ketika ingin melakukan transaksi secara atas talian oleh kerana gangguan ini. Rata-rata turut meluahkan rasa terkejut apabila melihat baki yang tertera dalam akaun mereka adalah RM0.

Isu kegagalan untuk log masuk ini bukan sahaja terjadi kepada pengguna aplikasi, malah jika anda menggunakan laman sesawang juga anda akan mengalami masalah yang sama.

Pihak Maybank bagaimanapun telah memaklumkan bahawa laman web Maybank2u sedang tidak tersedia buat sementara waktu. Jika pelanggan ingin melakukan sebarang transaksi, anda boleh menggunakan aplikasi MAE.

Nota: Cubaan kami untuk menggunakan aplikasi MAE bagaimanapun masih gagal dan baki masih tertera pada jumlah yang menyedihkan (RM0).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd