“Minta Maaf, Semua. Sabar Ye” – TnG eWallet Alami Masalah Teknikal
Menerusi akaun Facebook TnG Malaysia pula, syarikat tersebut mengumumkan bahawa RFID di Lebuhraya Sprint tidak tersedia disebabkan gangguan rangkaian di Plaza Tol Pantai dan Plaza Tol Bukit Kiara.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Jika aplikasi TnG eWallet anda sedang mengalami masalah sejak awal hari ini, ia adalah disebabkan oleh masalah teknikal aplikasi tersebut.
TnG eWallet telah berkongsi di Facebook bahawa mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut dan memohon maaf atas gangguan perkhidmatan ini.
Mereka juga menambah bahawa pengguna masih boleh membayar tol dan parking melalui PayDirect dan RFID jika mereka mempunyai baki yang mencukupi dalam Wallet.
Menerusi akaun Facebook TnG Malaysia, syarikat tersebut mengumumkan bahawa RFID di Lebuhraya Sprint tidak tersedia disebabkan gangguan rangkaian di Plaza Tol Pantai dan Plaza Tol Bukit Kiara.
Terdapat juga aduan di kalangan pengguna aplikasi tersebut mengenai baki eWallet yang kelihatan kosong selain masalah log masuk, dan kehilangan pelanggan apabila mereka gagal membayar menggunakan aplikasi eWallet.
Ketika artikel ini ditulis, TnG belum memberikan jangka waktu berapa lama aplikasi akan kembali berfungsi seperti biasa.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.