Now Reading
Taylor’s College Umum Ganjaran Buat Guru Yang Minat Untuk Mengajar Di ‘Luar Kelas’

Taylor’s College Umum Ganjaran Buat Guru Yang Minat Untuk Mengajar Di ‘Luar Kelas’

RISE Educator Award tahun ini sedang mencari pendidik yang bersemangat untuk meneruskan minat mereka di luar kelas bagi memberi inspirasi kepada pelajar.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Anugerah RISE Educator oleh Taylor’s College dan The Risers kembali untuk tahun kedua bagi menyambut dan meraikan pendidik luar biasa yang telah memberi sumbangan cemerlang.

Anugerah ini bukan sahaja kepada pendidikan pelajar di dalam kelas, tetapi juga dalam pembangunan sosial terutama ketika pandemik ini.

Peringkat kedua anugerah ini akan menyaksikan pemenang dan pencalon RISE Educator of the Year masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM500.

Akronim bagi Remarkable Impact in Student Education, RISE Educator Award terbuka kepada pelajar atau ibu bapa pelajar – bagi mana-mana pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan ataupun persendirian Malaysia.

Pelajar dan ibu bapa boleh mencalonkan guru pilihan mereka bermula dari 1 hingga 22 April dengan menjelaskan tentang tindakan guru berkenaan yang memberi kesan kepada mereka atau anak-anak dalam 100 perkataan atau kurang.

Lima finalis akan dipilih daripada penyertaan berkenaan dan kisah mereka akan dipamerkan di platform media sosial Taylor’s College bagi membolehkan orang ramai mengundi.

Kajian telah menunjukkan bahawa hubungan positif antara guru-guru dan pelajar muda akan membantu pelajar ini mencapai gred lebih baik di sekolah dan skil tingkah laku. Ini terbukti daripada RISE Educator Award tahun lepas, apabila kami telah menerima banyak kisah yang memberi inspirasi tentang guru-guru yang berusaha keras untuk membantu pelajar dalam pendidikan mereka dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru bagi memastikan pelajar mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Josephine Tan, Pengarah Kampus Taylor’s College.

Walau bagaimanapun, kesan berpanjangan pelaksanaan pembelajaran yang tidak lengkap berikutan pendidikan secara dalam talian dan luar talian ekoran pandemik telah memburukkan pembangunan progresif kanak-kanak dalam bidang lain terutamanya sosial dan skil tingkah laku, serta minat mereka untuk belajar.

Tahun-tahun persekolahan adalah tahun transformasi bagi kanak-kanak dan golongan remaja apabila mereka mempelajari bagaimana mengawal emosi dan kelakuan mereka dalam suasana sosial yang berbeza. Kajian menunjukkan bahawa persekitaran pembelajaran kondusif dan riang akan membantu pelajar mewujudkan hubungan positif terhadap pelajaran mereka kerana ia memperbaiki perhatian, mengurangkan kebimbangan dan malahan menyokong emosi dan peraturan tingkah laku.

Josephine Tan, Pengarah Kampus Taylor’s College.

RISE Educator Award tahun lepas telah menunjukkan kepada kita bahawa terdapat ramai pendidik sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan pelajar mereka cemerlang dan berjaya dalam banyak bidang dalam hidup mereka.

Jelas Josephine lagi, “Oleh kerana itulah, RISE Educator Award tahun ini sedang mencari pendidik yang bersemangat untuk meneruskan minat mereka di luar kelas untuk memberi inspirasi kepada pelajar agar berjaya bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga cemerlang di luar kelas.

“Sama ada menubuhkan perpustakaan komuniti untuk dimanfaatkan pelajar, membangunkan infrastruktur teknologi dan projek untuk pelajar mereka belajar kod dan robotik, ataupun membina inovasi kreatif untuk membantu pelajar memenangi pertandingan, kami mahu tahu tentang pendidik ini dan kami mahu memberi anugerah kepada mereka.”


RISE Educator Award.

RISE Educator Award terdiri daripada tiga kategori iaitu:

  1. RISE Educator of the Year: Pemenangnya akan dipilih daripada kisah lima finalis oleh panel juri anugerah itu yang turut terdiri daripada pemenang tahun sebelum ini, Cikgu Nazmi – yang kaedah pengajaran tidak konvensional dan inovatif untuk mewujudkan kolam renang dan perkhidmatan dobi kelas telah membolehkan pelajarnya meneroka kemajuan dunia yang tiada hadnya.
  2. RISE Educator Award: Kisah lima finalis akan dipamerkan di platform media sosial Taylor’s College untuk undian orang ramai.
  3. RISE Educator Award: Taylorian Edition: Membolehkan ahli akademik Taylor’s menyertainya.

Tempoh pengundian akan berlangsung antara 2 Mei sehingga 13 Mei. Pemenang akan diumumkan pada Hari Guru iaitu 16 Mei.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web RISE Educator Award di sini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd