Now Reading
Pavilion REIT Lancar Inisiatif Hijau: Ubah Cara Uruskan Sisa Makanan

Pavilion REIT Lancar Inisiatif Hijau: Ubah Cara Uruskan Sisa Makanan

Pavilion REIT memperkenalkan Pavilion Loves E.A.R.T.H dengan pelancaran inisiatif kompos sisa makanan di Pavilion Bukit Jalil untuk pengurusan sisa makanan, meneruskan komitmennya terhadap penjagaan alam sekitar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Inisiatif kompos sisa makanan ini melengkapkan objektifnya dengan menawarkan penyelesaian setempat yang cekap bagi pengurusan sisa makanan.

Dengan mengalihkan hala tuju sisa makanan daripada tersisa di tapak pelupusan, mengubah sisa makanan tersebut menjadi kompos yang kaya dengan nutrien, Pavilion REIT dapat mengurangkan sisa makanan ini ke tahap minimum dan mengurangkan kesan penghasilan karbonnya.

Inisiatif ini merupakan langkah penting ke arah kelestarian penghijauan di dalam rangka kerja operasinya.

Mengubah Cara Untuk Menguruskan Sisa Makanan

Diilhamkan oleh kejayaan Kempen Merdeka Pavilion Loves Sustainability, Pavilion REIT sedar terhadap keperluan mendesak dalam menangani cabaran sisa makanan dan berbangga memperkenalkan teknologi pengkomposan terkini kepada hartanahnya.

Inisiatif kompos sisa makanan ini bakal mengubah cara sisa makanan diurus, mengurangkan kesan alam sekitar dan menyumbang kepada masa depan lebih hijau.

Ciri-ciri Utama Inisiatif Kompos Sisa Makanan Pavilion REIT:

  • Sisa makanan dikumpulkan setiap hari dari pasar raya pusat beli belah di bawah pengurusan Pavilion REIT (Pavilion Kuala Lumpur Mall, Intermark Mall & Pavilion Bukit Jalil), medan selera dan kedai jualan makanan & minuman. 
  • Mesin pengkomposan sisa makanan ini menukarkan 1,000kg (1 tan) sisa makanan kepada 200kg baja organik kaya dengan nutrient sesuai untuk semua tumbuhan dan 800 liter air setiap hari – mengalihkan hala tuju sisa makanan tersebut berakhir di tapak pelupusan sampah dan menyumbang  kepada sumber ekonomi.
  • Mesin pengkomposan sisa makanan ini adalah mesin jana diri dikuasakan oleh panel solar yang dipasang di atasnya. Air yang dihasilkan oleh mesin ini mempunyai dua tujuan—membersihkan laluan masuk ruang pemunggahan dan penyiraman pokok. Ini memastikan peredaran lengkap penukaran sisa makanan kepada baja dan air.
  • Tambahan pula, terletak berdekatan dengan mesin pengkomposan sisa makanan, terdapat tangki penuaian air bagi unit pengendalian udara (air handling unit – AHU). Tangki ini mengumpul air AHU dan air hujan khusus untuk membersihkan laluan masuk ruang pemunggahan.

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami menyedari keperluan untuk menangani cabaran sisa makanan dan menyumbang kepada masa depan yang mampan. Melalui inisiatif ini, dalam setahun, kami menganggarkan pusat beli-belah di bawah pengurusan Pavilion REIT secara kolektif menghalang pendaratan 365,000kg sisa makanan di tapak pelupusan dan sebaliknya menghasilkan 73,000kg baja organik dan 292,000 liter air.

Datuk Seri Mohamed Azahari bin Mohamed Kamil, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Pavilion REIT.
Hadir melancarkan inisiatif Pavilion Loves E.A.R.T.H ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Pavilion REIT terdiri daripada Dato’ Seri Mohamed Azahari bin Mohamed Kamil, Dato’ Choo Chuo Siong, Dato’ Mearia Hamzah dan Puan Baljeet Kaur; bersama Dato’ Philip Ho, Ketua Pegawai Eksekutif, Pavilion REIT; Dato’ Joyce Yap,  Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.; wakil operasi The Food Merchant, Food Republic dan MBG; rakan kongsi dan ramai lagi.

Bagi meningkatkan kesedaran hijau ini, paket sampel baja organik bernutrien tinggi disediakan kepada para pengunjung secara percuma di kaunter pertanyaan, aras 1, Pavilion Bukit Jalil.

Free je, boleh ambil OK!

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd