Now Reading
Santan Bawa Jenama Lokal ‘Terbang’ Tinggi Dalam Penerbangan AirAsia

Santan Bawa Jenama Lokal ‘Terbang’ Tinggi Dalam Penerbangan AirAsia

Melalui inisiatif yang diberi nama ‘The Next Big Thing’, para tetamu AirAsia dan AirAsia X kini berpeluang untuk menyokong perusahaan tempatan dalam penerbangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (22 Disember), Santan iaitu sebuah jenama penyedia perkhidmatan dalam penerbangan yang terkenal dengan bangganya melancarkan satu inisiatif memperhebatkan jenama tempatan dan barangan buatan Malaysia di kalangan penumpang dalam penerbangan AirAsia serta Airasia X.

Melalui inisiatif yang diberi nama ‘The Next Big Thing’ dipaparkan dalam majalah penerbangan terbaharu menerusi semua penerbangan AirAsia, pelbagai jenis produk keluaran jenama tempatan telah pun mulai dijual.

Malah, para tetamu AirAsia dan AirAsia X kini berpeluang untuk menyokong perusahaan tempatan dalam penerbangan.

Dengan komitmen yang tinggi dalam meraikan budaya dan jenama Malaysia, Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata, “Dedikasi kami melangkaui segalanya. Kami komited untuk menyediakan satu platform bertujuan mempamerkan kejayaan pelbagai jenis jenama tempatan.

“Kami teruja untuk memperkenalkan rangkaian ‘wira tempatan’ yang dipilih dengan teliti. Setiap edisi majalah dalam penerbangan kami akan memperkenalkan perniagaan tempatan unik, menjanjikan satu pengalaman perjalanan yang indah buat para tetamu AirAsia,” tambahnya.


Jenama Tempatan Yang Dipromosikan Melalui AirAsia

Jenama tempatan yang dipromosikan untuk edisi kali ini adalah:

#1. Jovian

Kerjasama unik pereka terkenal Dato Jovian Mandagie dengan AirAsia, menawarkan ciptaan fesyen eksklusif yang dijual dalam penerbangan, termasuk Hijab bergaya, beg beli-belah pelbagai fungsi dan wangian mewah.

Sumber: Jovian
#2. Petit Moi

Jenama yang menghasilkan produk pakaian kanak-kanak dan dewasa berkualiti tinggi yang menawarkan kemewahan dan keselesaan yang boleh diakses oleh semua.

Sumber: Petit Moi
#3. Gigi

Jenama penjagaan gigi yang menawarkan produk 100% vegan, produk bebas kekejaman yang dirumus dengan kebaikan semula jadi untuk faedah pergigian yang optimum.

Sumber: Gigi Oral Care
#4. Chuck’s

Jenama kecantikan Malaysia dengan rangkaian produk yang memenangi anugerah buatan Korea, berfungsi sebagai barang keperluan penjagaan kulit untuk penggemar kecantikan.

Sumber: Instagram (@chucks.co)
#5. The StreetPaw

Sebuah perusahaan sosial yang membantu haiwan yang tiada tempat tinggal dengan menjual makanan haiwan. 20% daripada keuntungan yang diperoleh disalurkan kepada agensi perlindungan haiwan.

Sumber: StreetPaw
#6. Legendary Malaysia

Diinspirasikan oleh budaya dan warisan Malaysia, sebuah jenama yang mencipta wangian ikonik yang dicari di seluruh dunia.

Sumber: AirAsia
#7. JYNN’s Malaysia

Jenama kesihatan dan kesejahteraan bertaraf antarabangsa yang memberi tumpuan kepada makanan suplemen untuk kesihatan dan kesejahteraan semua orang.

Sumber: Jynn’s Malaysia
#8. Owlet

Menawarkan rangkaian wangian premium yang boleh diakses oleh semua, menampilkan bauan yang menceritakan kisah keperibadian dan gaya unggul.

Sumber: Instagram (@owletbeauty)
#9. ASK Fragrance

Wangian yang dihasilkan oleh eksekutif kru kabin AirAsia yang telah lama berkhidmat dan sangat popular di laman tiktok, Armand. Diinspirasikan oleh pakaian seragam AirAsia yang ikonik, reka bentuk botol wangian ini bercirikan pakaian seragam kru kabin AirAsia.

Sumber: Facebook ASK Skincare Malaysia
#10. Empro

Sebuah syarikat terkemuka dalam industri Kesihatan dan Kecantikan, berdedikasi untuk meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan individu melalui rangkaian penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sulaman.

Sumber: Empro
#11. Zus Coffee

Jenama yang mentakrifkan semula kopi dengan menawarkan rangkaian minuman kopi yang boleh diakses oleh semua orang.

Sumber: Zus Coffee

Santan Perkenalkan Sajian Pencuci Mulut Terkenal

Selain dari barisan jenama tempatan cemerlang ini, Santan juga memperkenalkan Chendul Teochew Pulau Pinang, satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kerjasama dengan Penang Chendul, sebuah jenama terkenal di Jalan Penang sejak tahun 1936 ini memberi penghormatan kepada reputasi dan tradisi mereka yang terkenal. Para tetamu AirAsia kini dapat menikmati pencuci mulut istimewa ini dengan hanya RM10, di semua penerbangan AirAsia (AK).

Sumber: Foodveler

“Kami bangga dapat bekerjasama dengan Penang Chendul, satu nama yang penuh dengan warisan.

“Mengekalkan kualiti dan rasa asli yang sama pada ketinggian 35,000 kaki adalah tanggungjawab kami pikul dan berbesar hati untuk mengesahkan bahawa rasa Chendul di atas penerbangan sama rasanya dengan yang dijual di Pulau Pinang,” kata Catherine.

Semua produk daripada jenama tempatan ini kini dijual di semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X sehingga Mac 2024, sementara stok masih ada.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd