Now Reading
‘Year End Sale’ Di GPO & JPO Sudah Tiba!

‘Year End Sale’ Di GPO & JPO Sudah Tiba!

Hadiah eksklusif berbentuk makanan dan minuman boleh ditebus di beberapa premis F&B terkenal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets sedang meraikan musim Krismas dengan jualan yang tidak boleh dilepaskan yang bakal dianjurkan dari 15 hingga 25 Disember 2023 ini!

‘Year End Sale’ yang istimewa ini menjanjikan penjimatan yang tiada tandingannya. Malah pelbagai tawaran eksklusif, hadiah, serta pengalaman membeli-belah yang meriah serta unik tersedia buat para pembeli di satu-satunya ‘Premium Outlet Centers’ di Malaysia.

Sebagai tambahan kepada penjimatan luar biasa sehingga 80%, ‘Year End Sale’ ini juga akan menampilkan satu kempen penebusan menarik.

Sumber: Premium Outlets

Pembeli Dapat Tebus Hadiah Menarik

Pembeli yang membelanjakan sebanyak RM1,500 atau lebih dengan pengumpulan maksimum dua resit pada hari yang sama akan layak untuk menebus sebuah hadiah eksklusif.

Sementara itu, pelanggan yang membelanjakan RM500 atau lebih dalam satu resit pada hari sama pula berpeluang untuk menebus satu kad hadiah bernilai RM20 yang boleh diguna pakai di cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf.

Buat tiga hari pertama ‘Year End Sale’, 100 pengunjung pertama pada setiap hari berpeluang menikmati hadiah berbentuk makanan dan minuman dari cawangan terpilih mengikut masa yang ditetapkan.

Keseronokan tidak terhenti di situ sahaja, terdapat juga acara untuk seisi keluarga seperti pemberian belon oleh badut, lukisan karikatur, mengecat muka dan hadiah bertih jagung.


Hadiah Ditawarkan Kepada Pelanggan Di Genting Highlands Premium Outlets

Buat anda yang mengunjungi Genting Highlands Premium Outlets pada 15, 16 dan 17 Disember, anda berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah daripada premis makanan seperti:

  • Krispy Kreme Doughnuts: Percuma Donat Original Glazed dan aneka donat untuk 100 pelanggan pertama setiap hari.
  • The Coffee Bean & Tea Leaf: Percuma Teh Bru Sejuk Pic Jasmin Berkilau untuk 100 pelanggan pertama setiap hari.

Hadiah Ditawarkan Kepada Pelanggan Di Johor Premium Outlets

Manakala kepada orang ramai yang hadir ke Johor Premium Outlets pada 15 hingga 17 Disember pula, mereka akan berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah daripada premis makanan seperti:

  • Dôme Café: Percuma Kek Keju Karamel Macadamia untuk 100 pelanggan pertama setiap hari.  
  • Marrybrown: Percuma Kombo Nasi Lemak untuk 100 pelanggan pertama setiap hari.
  • The Coffee Bean & Tea Leaf: Percuma Teh Bru Sejuk Pic Jasmin Berkilau untuk 100 pelanggan pertama setiap hari.

Tarikh & Masa Berlangsungnya ‘Year End Sale’ Di Kedua-dua Outlets

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Simon Sdn. Bhd Jean Marie Pin Harry amat mengalu-alukan para pembeli untuk hadir ke ekstravaganza akhir tahun di kedua-dua Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.

“Ini adalah satu peluang hebat untuk keluarga dan rakan-rakan menikmati satu pengalaman perayaan yang menceriakan sambil memanfaatkan pelbagai tawaran serta hadiah eksklusif.

“Kami komited untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan, dan kami menjemput semua orang untuk menyertai kami dalam meraikan penghujung tahun 2023 yang indah,” katanya.

Take note semua, waktu berlangsungnya ‘Year End Sale’ di kedua-dua outlet adalah seperti berikut:

  • Genting Highlands Premium Outlets: 10 am – 10 pm (15 hingga 25 Disember 2023).
  • Johor Premium Outlets: 10 am -12 am (15 hingga 17 Disember) / 10 am -10 pm (18 hingga 25 Disember).

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh melayari laman web Premium Outlets [DI SINI] bagi mendapatkan senarai lengkap kedai dan perkhidmatan pelanggan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd