Now Reading
Rakyat Trustee Berhad (RTB) Lakar Sejarah Di Majlis Penyerahan MOA & MOU Bersama Koperasi Serta Rakan Strategik

Rakyat Trustee Berhad (RTB) Lakar Sejarah Di Majlis Penyerahan MOA & MOU Bersama Koperasi Serta Rakan Strategik

MOA dan MOU tersebut melibatkan beberapa agensi kerajaan, koperasi, institusi pendidikan dan syarikat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Trustee Berhad (RTB) hari ini (6 Oktober) telah melakar sejarah dengan mengadakan Majlis Pelancaran Rasmi Syarikat dan Penyerahan Memorandum Perjanjian (MOA) dan Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Koperasi-Koperasi dan Rakan Strategik.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Datuk Ewon Benedick selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Majlis turut dihadiri oleh Datuk Seri Suriani Binti Datuk Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBrs. Tuan Rusli Bin Jaafar, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tan Seri Dr. Mohd Daud Bakar, Penasihat Rakyat Trustee Berhad, dan Datuk Zazali Haron, Pengerusi Rakyat Trustee Berhad, serta Ahli Lembaga Pengarah RTB.


Beralih Ke Aplikasi Digital Untuk Lebih Efisien & Mesra-Pelanggan

Datuk Ewon Benedick menerusi ucapannya dengan tulus menyambut baik RTB sebagai syarikat amanah pertama yang sepenuhnya beralih ke aplikasi digital, seiring dengan visi kerajaan untuk transformasi digital Malaysia.

Pendigitalan ini bertujuan menjadikan produk dan perkhidmatan RTB lebih mesra pelanggan, efisien, dan diurus sepenuhnya secara dalam talian.

Beliau juga menekankan keperluan menyesuaikan diri dengan trend global semasa, terutamanya selepas pandemik serta mendorong koperasi dan syarikat untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam operasi mereka.

Beliau percaya bahawa digital bukan sahaja mempercepatkan proses, tetapi juga mengurangkan kos operasi serta menarik pelabur yang berpotensi menyumbang kepada industri pewarisan Malaysia.

Datuk Ewon Benedick menekankan pentadbiran pusaka yang cekap dan efisien adalah kunci untuk mengelakkan aset terbeku dan menjadi beban ekonomi waris dan negara.

22 koperasi dan rakan strategik dilantik Rakyat Trustee Berhad untuk menyelesaikan masalah Harta Terbeku. Untuk info, Harta Terbeku belum dituntut sudah mencecah RM90 billion.

Beliau mencadangkan agar RTB dan syarikat amanah lain menjalankan pendidikan masyarakat mengenai perancangan dan pentadbiran pusaka melalui seminar dan bengkel melibatkan agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah, Pejabat Pusaka Kecil, Syarikat Amanah, KWSP, Bank, dan Institusi Pendidikan.

Beliau juga mendorong koperasi dengan sokongan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk serius terlibat dalam industri pewarisan dengan memasarkan produk dan perkhidmatan pewarisan.

Mengulas lanjut, beliau menggalakkan kerjasama antara koperasi kredit dan Syarikat Amanah di Malaysia untuk mencipta sumber pendapatan baru melalui pemasaran produk dan perkhidmatan pewarisan berpotensi menghasilkan pendapatan yang besar.

Beliau mengucapkan pujian kepada RTB atas kerjasama mereka dengan koperasi-koperasi dan rakan strategik serta menghargai usaha mereka dalam mencipta peluang perniagaan dan pekerjaan.


Campur Tangan Agensi Kerajaan, Koperasi & Banyak Lagi

MOA dan MOU tersebut melibatkan beberapa agensi kerajaan, koperasi, institusi pendidikan dan syarikat, termasuk Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, Takaful Ikhlas, Management & Science University (MSU), Koperasi Kakitangan Bank Islam Malaysia (KOBIMBING), Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional (KOBANAS), Koperasi Rakyat BR 2.0 Malaysia, dan banyak lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd