Now Reading
Nak Kenduri Durian? Jom Sertai & Menang Peraduan Listerine X Watsons “Swish & Win

Nak Kenduri Durian? Jom Sertai & Menang Peraduan Listerine X Watsons “Swish & Win

Peraduan Listerine® X Watsons “Swish & Win” ini berlangsung dari 30 Mei sehingga 26 Jun 2023.

Nak Menang Kenduri Durian_ Jom Sertai Peraduan Listerine® X Watsons “Swish & Win” (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Musim durian tiba lagi dan ini adalah masanya bagi para penggemar durian untuk menikmati rasa lazat “Raja Buah”! Umum sedia maklum, buah durian mempunyai rasa dan bau yang sangat kuat meskipun selepas beberapa jam dimakan dan boleh menyebabkan mulut berbau. 

Dengan formulasi Listerine® yang terbukti secara klinikal berkesan membunuh kuman yang mengakibatkan mulut berbau, plak dan masalah gusi sehingga 99.9%, kini anda dapat menikmati durian tanpa perlu risau tentang “nafas durian”.

Selain daripada durian, banyak lagi hidangan Malaysia yang lazat dan mempunyai rasa yang kuat disebabkan oleh bahan-bahan aromatik dan rempah ratusnya yang boleh membuat seseorang rasa sedikit bimbang selepas makan. 

Mujurlah, terdapat cara yang berkesan untuk menyegarkan nafas anda – pengkumur mulut Listerine® sedia membantu! Atasi masalah nafas berbau durian dan ketidakselesaan nafas selepas makan dengan hanya berkumur dengan Listerine® selama 30 saat untuk membasmi bakteria dalam rongga mulut yang boleh menyebabkan nafas berbau.

Bukan sahaja nafas anda menjadi lebih segar, malah ia juga membantu dalam penjagaan kesihatan mulut secara menyeluruh!

Tahukah anda bahawa memberus sahaja tidak cukup untuk menghilangkan bau yang kuat, kerana ia hanya membersihkan 25% daripada keseluruhan mulut?

Dengan hanya memberus, anda mungkin akan terlepas membersihkan rongga di antara gigi serta kawasan di bawah garis gusi. Ini akan menyebabkan pembiakan bakteria yang menjadi punca nafas berbau.

Itulah sebabnya penggunaan pengkumur mulut berkesan dan dapat melindunginya selama 24 jam daripada sebarang kuman yang boleh mengakibatkan pengumpulan plak dan masalah gusi.

Pengurus Besar Kesihatan Pengguna Johnson & Johnson bagi Malaysia dan Singapura, Stephen Tiu mengakui bahawa dengan perisa aromatik hidangan Malaysia yang kuat, kepentingan untuk memastikan nafas segar dan kebersihan mulut adalah penting. 

Kami menyedari kepentingan penjagaan mulut dan kebersihan yang baik dapat memberikan jaminan untuk mempunyai nafas segar. Dengan adanya Listerine yang berkesan membolehkan kami menikmati makanan dengan yakin, tanpa menjejaskan kesihatan mulut.

Pengurus Besar Kesihatan Pengguna Johnson & Johnson bagi Malaysia dan Singapura, Stephen Tiu.

Terdapat pelbagai pilihan produk Listerine® yang tersedia bagi memudahkan rutin penjagaan mulut. Dari perisa terhad seperti Buah Pomelo dan Buah Markisa atau Lidah Buaya (Aloe) serta Timun hingga manfaat yang bersasaran seperti Total Care dan Healthy White, Listerine® memastikan keperluan penjagaan mulut pengguna dipenuhi. 

Bagi individu yang lebih menggemari rasa yang lebih ringan dengan kurang sensasi kepedihan, Listerine® juga menawarkan versi yang kurang intensif dan sifar alkohol. 

Selain itu, Listerine® Pocket Mist juga diwujudkan untuk individu yang sentiasa bergerak dan memerlukan penyegaran segera: semburan oral bersaiz mudah dibawa dan menghapuskan 99% kuman yang menyebabkan nafas berbau!

Kekalkan rutin penjagaan mulut anda dengan mudah iaitu degan hanya berkumur menggunakan Listerine® dua kali sehari (siang dan malam) selama 30 saat untuk menyingkirkan 99% kuman yang menyebabkan nafas berbau, plak, dan masalah gusi.

Sumber: Listerine/Hip2Save

Menangi Kenduri Durian Dan Baucar GrabFood Dengan Menyertai Peraduan Listerine® X Watsons “Swish & Win”

Tahun ini, Listerine® kembali dengan peraduan “Swish & Win” yang dianjurkan dengan kerjasama Watsons Malaysia. Sertai peraduan ini untuk membolehkan anda memenangi hadiah bernilai RM15,000, termasuklah kenduri durian yang menakjubkan dan baucar GrabFood!

Cara-cara untuk menyertai peraduan ini adalah seperti berikut:

  • Langkah 1 – Beli RM30 dan ke atas produk Listerine® dalam satu resit di Watsons. 
  • Langkah 2 – Jawab soalan mudah: Apakah yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan nafas berbau durian? Sebutkan satu produk Listerine®.
  • Langkah 3 – WhatsApp resit anda dengan <NAMA PENUH> <JAWAPAN> ke 016-208 3532

Pemenang bertuah bakal memenangi hadiah-hadiah menarik. Antaranya: 

  • 10 x baucar Kenduri Durian bernilai RM1,000 setiap satu.
  • 100 x baucar GrabFood bernilai RM50 setiap satu

Jangan lupa sertai peraduan ini yang berlangsung dari 30 Mei sehingga 26 Jun 2023. 


Trak Jelajah Listerine® Akan Mengembara Ke Sekitar Lembah Klang!

Untuk membantu warga Malaysia menjaga nafas segar dan penjagaan mulut yang menyeluruh sambil menikmati Raja Buah, Listerine® akan membawa durian dan pengkumur mulut Listerine® ke lokasi terdekat anda. 

Pastikan untuk mengejar Trak Jelajah Listerine® dan mencuba sendiri keberkesanan dan kesegaran Listerine®.

Berikut adalah lokasi yang akan dijelajahi sekitar Lembah Klang:

  • 2 Jun 2023 – Public Bank, Kepong
  • 6 Jun 2023 – Jalan Telawi, Bangsar  
  • 7 Jun 2023 – Maybank, Taman Maluri Cheras 
  • 8 Jun 2023 – Sunway Geo/College, Bandar Sunway  
  • 9 Jun 2023 – Maybank, Kuchai Lama 
  • 10 Jun 2023 – Giant KFC, Kelana Jaya
  • 11 Jun 2023 – Megah Rise Mall, Taman Megah PJ
  • 12 Jun 2023 – Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya  
  • 14 Jun 2023 – Inti College, SS15, Subang Jaya  
  • 16 Jun 2023 – The Starling Mall, Damansara Utama
  • 17 Jun 2023 – The Store, Sri Petaling 
  • 18 Jun 2023 – Starbucks TTDI, Kuala Lumpur 
  • 19 Jun 2023 – Maybank SS2, PJ 
  • 21 Jun 2023 – Sunway Giza Mall, Kota Damansara 
  • 23 Jun 2023 – KFC, Bandar Sunway  

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, sila layari laman web rasmi Listerine®  (https://www.listerine.com.myatau ikuti Listerine® Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/ListerineMalaysia) dan Instagram (https://www.instagram.com/Listerinemy/)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd