Now Reading
UMNO Sokong Kerajaan Perpaduan Tapi Bukan Diketuai Oleh Perikatan Nasional (PN)

UMNO Sokong Kerajaan Perpaduan Tapi Bukan Diketuai Oleh Perikatan Nasional (PN)

Mesyuarat malam semalam (23 November) telah dipengerusikan oleh Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam semalam (23 November) selepas berakhirnya mesyuarat Majlis Tertinggi, UMNO berkata mereka akan menyokong titah Yang di-Pertuan Agong agar Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan kerajaan perpaduan bukan di bawah pimpinan oleh Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan pembentukan kerajaan yang stabil dan makmur.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Mesyuarat malam tadi dipengerusikan oleh Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan itu berkata Majlis Tertinggi mengambil perhatian dan meneliti butiran perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) serta PN.

Majlis Tertinggi juga memutuskan untuk terus menyokong Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN selepas terdapat gesaan agar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu meletakkan jawatan.

Pada masa sama, Ahmad Maslan turut mengumumkan perhimpunan agung UMNO akan diadakan pada 21 Disember hingga 24 Disember tahun ini.

Sementara itu, Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada pagi ini pula menafikan laporan media bahawa PN telah membuat tawaran kepada beliau untuk menjadi perdana menteri.

Ramai yang telah berkongsi artikel tersebut dan saya ingin menjelaskan bahawa dakwaan berkenaan adalah palsu. Saya tidak terlibat dalam sebarang perbincangan sama ada dengan Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan. Saya juga tidak ditawarkan sebarang jawatan seperti yang tersebar.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya.

Dalam sebuah laporan media, ia memetik satu lagi laporan tidak bernama yang mendakwa bahawa PN bersetuju sekiranya Hishammuddin yang juga Bendahari Agung BN dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Hishammuddin adalah antara pemimpin BN yang sejak awal lagi lantang menyuarakan tentangannya jika BN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd