Now Reading
PRU15: Dua Pengundi Wanita Meninggal Dunia Di Pusat Undi Johor

PRU15: Dua Pengundi Wanita Meninggal Dunia Di Pusat Undi Johor

Ia telah berlaku dalam dua kejadian berasingan di Kluang & Johor Bahru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, hari ini (19 November), jutaan rakyat Malaysia di seluruh negara dilihat telah keluar menunaikan tanggungjawab dengan membuang undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut statistik oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), setakat jam 2 petang, 58% dari pengundi berdaftar sudah pun membuang undi di pusat undi masing-masing.

Sumber: Malaysia Bersuara/Sharifah Al-Yahya

#MalaysiaMemilih.

Dua Pengundi Wanita Meninggal Dunia Di Pusat Undi.

Walau bagaimanapun, satu berita menyayat hati telah dilaporkan apabila dua pengundi wanita termasuk seorang warga emas meninggal dunia ketika berada di tempat pembuangan undi.

Ia telah berlaku dalam dua kejadian berasingan di Kluang & Johor Bahru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Juhara Syed Mohamad, 57, meninggal dunia selepas mengundi di saluran 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail pada jam 9.30 pagi.

Dia yang mengundi untuk Parlimen Pulai mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia secara mengejut. Wanita itu hadir ke saluran mengundi itu dalam keadaan tidak sihat hasil pemerhatian petugas saluran, tapi ingin meneruskan pengundian.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

SPR Johor seterusnya memaklumkan, pengundi kedua yang meninggal dunia merupakan warga emas, Tuminah Ambiah, 85, yang dilaporkan sepatutnya mengundi di saluran 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk meninggal dunia pada jam 10.30 pagi.

Pengundi berkenaan belum sempat mengundi. Kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) berada di tempat kejadian dan mengesahkan telah meninggal dunia selepas ambulan tiba di tempat kejadian. Tuminah sepatutnya mengundi untuk Parlimen Sembrong di SJKC berkenaan.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Team TRP mengucapkan takziah buat kedua-dua ahli keluarga pengundi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd