Now Reading
Jangan Buang! Ini 6 Kegunaan Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu

Jangan Buang! Ini 6 Kegunaan Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu

Gel Silika atau nama lainnya ‘Absorbent Chemical’ adalah bahan yang diperbuat daripada penggumpalan natrium silikat (NaSiO2) yang dibentuk menjadi padat, tidak elastik dan kelihatan seperti kaca.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perasan tak kalau korang beli kasut, beg dan sebagainya, mesti akan ada satu paket kecil berwarna putih yang mengandungi biji-biji kecil dimasukkan ke dalam kotak barangan pembelian.

Terfikir juga, apa fungsi alat itu sebenarnya?

Sesetengah orang akan membuang serbuk tersebut kerana bimbang ia beracun dan boleh membahayakan terutamanya mereka yang mempunyai anak masih kecil.


Kegunaan Lain Gel Silika Dalam Kehidupan Seharian

Kalau korang nak tahu, serbuk tersebut dipanggil sebagai Gel Silika (Silica Gel) dan mempunyai pelbagai fungsi dalam kehidupan seharian kita.

Jadi kalau korang dapat Gel Silika ini dalam kotak kasut, boleh ambil dan simpan. Mana tahu guna nanti kan?

Ini kerana Gel Silika ini mempunyai pelbagai kegunaan lain seperti mana yang dikongsikan menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@wawa.idris).

Antara kegunanaanya adalah:

#1. Kegunaan Gel Silika : Hilangkan Bau Busuk
Sumber: Pexels

Gel silika ini boleh dimasukkan ke dalam beg atau kasut untuk menghilangkan bau busuk.

#2. Kegunaan Gel Silika: Mengelakkan Berlaku Karat
Sumber: Pexels

Selain itu, Gel Silika ini boleh diletakkan dalam beg penyimpan alat pencukur atau sebarang peralatan logam bagi mengelakkan dari barangan berkenaan mudah karat dan menyebabkan ia tidak dapat digunakan lagi.

#3. Kegunaan Gel Silika: Menjaga Gambar-gambar Lama
Sumber: Pexels

Gel Silika ini juga boleh menyelamatkan gambar-gambar korang yang lama dari melekat antara satu sama lain. Jadi, kenangan tersebut boleh dijaga kualitinya dan tahan untuk jangka masa lama.

#4. Kegunaan Gel Silika: Menjaga Kualiti Dokumen
Sumber: Pexels

Serbuk ini turut berfungsi jika diletakkan di dalam dokumen penting supaya ia tidak didatangi serangga seperti anai-anai yang akan memakannya atau menjadi lembap disebabkan dakwat.

#5. Kegunaan Gel Silika: Menjaga Kualiti Baju-baju Lama
Sumber: Pexels

Kebiasaannya baju-baju lama yang disimpan di dalam almari mempunyai risiko untuk didatangi anak lipas atau anai-anai. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, korang bolehlah letak Gel Silika di dalam almari baju.

#6. Kegunaan Gel Silika: Menjaga Aksesori
Sumber: Pexels

Untuk korang yang nak menjaga kualiti aksesori daripada berkarat, boleh juga meletakkan Gel Silika ini dalam kotak aksesori seperti jam tangan, cincin, subang, gelang dan sebagainya.


Apa Itu Gel Silika?

Gel Silika atau nama lainnya ‘Absorbent Chemical’ adalah bahan yang diperbuat daripada penggumpalan natrium silikat (NaSiO2) yang dibentuk menjadi padat, tidak elastik dan kelihatan seperti kaca.

Terdapat beberapa jenis Gel Silika yang digunakan dalam pasaran. Antaranya Gel Silika berwarna biru yang dihasilkan daripada kobalt klorida dan juga Gel Silika berwarna putih yang bersifat hidrofilik dan menyerap molekul air di udara.

Sumber: Dongguan Chenri Packaging Material Co

Secara umumnya, bahan ini mempunyai daya tahan dan keanjalan yang sangat baik, kerana tidak mudah pecah, atau dilentur dan dipotong.

Namun bagi Gel Silika berkualiti rendah, ia lebih cenderung untuk berubah bentuk, berbanding gel silika berkualiti tinggi yang cenderung untuk kembali ke bentuk asal dengan mudah. 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd