Now Reading
Secret Recipe Perkenal Kek Baharu ‘Strawberry Rose’

Secret Recipe Perkenal Kek Baharu ‘Strawberry Rose’

Kek Strawberry Rose boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe, dijual pada harga RM98 untuk satu kek dan RM11 untuk sepotong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dari lagu “Strawberry Swing” oleh kumpulan band British popular, Coldplay ke “La Vie en Rose” oleh Édith Piaf – dunia seni dan sastera meraikan cinta dengan buah strawberi dan bunga ros dalam nukilan lirik dan tajuk lagu, sajak serta puisi sejak dahulu lagi. Malah, strawberi dan ros sentiasa mendapat tempat istimewa dan seringkali menggambarkan keindahan dan kemanisan cinta.


Strawberry Rose

Kini Secret Recipe telahpun menggandingkan dua elemen ini dalam kek yang dipanggil ‘Strawberry Rose‘ – dicipta dengan strawberi manis dan kelopak ros menawan.

Secret Recipe menjemput pelanggan untuk menikmati kek Strawberry Rose, yang mengadunkan dua simbol romantik dalam campuran perisa menarik.

Diperbuat dengan teliti dan sepenuh hati, kek ini menyatukan perisa buah strawberi dengan sentuhan flora lembut, menggunakan strawberi segar dan kelopak ros sebenar, telur, krim, tepung, dedak gandum, gelatin, krim putar dan biji labu, menghasilkan keenakan nikmat rasa.

“Di Secret Recipe, kami sentiasa berusaha mencipta pengalaman menjamu selera yang memenuhi cita rasa dan mengukir kenangan manis di dalam hati pelanggan. Hasil ciptaan ini merupakan cara kami menyemai kasih sayang dan mencetus keajaiban dalam hidangan yang lazat. Kami yakin bahawa perisa, aroma dan tekstur kek ini mampu merangsang emosi dan mencipta memori indah, sambil mengeratkan hubungan sesama insan,” jelas Evelyn Lee selaku Ketua Pemasaran Secret Recipe.

Tambahnya lagi, “Kek Strawberry Rose mencerminkan sentimen ini, menjalinkan nikmat rasa manis-manis masam strawberi dengan sentuhan pati ros. Kami teruja untuk memperkenalkan kek ini, yang kami harap akan menambat selera pelanggan dan menjadi simbol keraian dan kasih sayang.”


Harga Pada RM98 Satu Kek & RM11 Untuk Slice

Strawberry Rose boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe, dijual pada harga RM98 untuk satu kek dan RM11 untuk sepotong.

Strawberry Rose.

Kek ini boleh didapati di semua cawangan di Semenanjung Malaysia.

Langkah memperkenalkan kek Strawberry Rose sekali lagi memperlihatkan dedikasi Secret Recipe untuk menyediakan pilihan gourmet luar biasa sesuai dengan setiap perayaan.

[STRAWBERRY ROSE SECRET RECIPE]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd