Now Reading
Nobu KL Kembali Dengan Menu Eksklusif Festive Omakase Sehingga 1 Januari 2024

Nobu KL Kembali Dengan Menu Eksklusif Festive Omakase Sehingga 1 Januari 2024

Menu eksklusif Festive Omakase Nobu KL ini akan tersedia bermula 22 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tahun 2023 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Pejam celik, tahun baharu akan tiba dalam masa kurang tiga minggu sahaja. Dan semestinya, Nobu KL tidak melepaskan peluang ini untuk meraikan orang ramai dengan kembalinya menu eksklusif Festive Omakase!

Nobu KL menjemput ‘kaki makan’ di luar sana untuk memulakan perjalanan kulinari yang menawarkan keunggulan masakan Jepun-Peru dengan sentuhan penuh kegembiraan.

Seiring musim perayaan tiba, saya mendapati diri saya mengenang kembali keajaiban dan kehangatan perayaan kanak-kanak saya sendiri. Tahun ini, di Nobu KL, kami telah berjaya menyalurkan kegembiraan nostalgik itu ke dalam menu Festive Omakase kami – menyatu kenangan masa kanak-kanak dan semangat cuti ke setiap hidangan yang eksklusif. Dengan usaha gigih pasukan berbakat kami, kami telah mengubah momen-momen berharga ini menjadi rasa luar biasa sekaligus menjemput orang ramai untuk merasai esensi musim ini dengan setiap gigitan yang lazat.

Chef Philip Leong, Ketua Chef Nobu Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, dengan pengalaman yang dimiliki dari musim perayaan di pelbagai buah negara sebelum ini, Chef Renante Dominguez selaku Ketua Sushi Chef Nobu Kuala Lumpur telah memberikan perspektif global ke dalam menu Festive Omakase Nobu KL – mencipta simfoni rasa yang merayakan kepelbagaian tradisi perayaan.

Ketika merancang menu ini bersama pasukan saya, kami dapat meraih inspirasi dari kain tenun kaya perayaan global bagi mencipta sesuatu yang benar-benar istimewa untuk menu perayaan ini. Tahun ini, kami berbangga kerana dapat merangkumi pengalaman yang mencerminkan tidak hanya kehangatan rasa tradisional perayaan, tetapi juga pengaruh festif yang bertenaga dari seluruh dunia.

Chef Renante Dominguez, Ketua Sushi Chef Nobu Kuala Lumpur.

Hidangan Mewah Festive Omakase Nobu KL

Kemewahan menu Festive Omakase Nobu KL akan menampilkan hidangan utama yang mendefinisikan keindahan.

Toro Shiso Chimichurri menyajikan pengalaman kulinari dirancang untuk sambutan perayaan. Kekayaan Toro premium dengan tekstur lembut berlekuk akan cair di lidah si pemakan.

Apa yang membezakan hidangan ini adalah antara daun shiso segar, aromatik, dan chimichurri.
Sumber: Siti Murni/TRP

Menu Festive seterusnya adalah Shiso Panko Crusted Scallop yang muncul sebagai oda untuk memulakan sambutan perayaan. Scallop gebu dikelilingi dengan ‘golden armour’ Panko berperisa Shiso, mencipta simfoni kerangupan.

Shiso Panko Crusted Scallop.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Menu eksklusif seterusnya adalah A5 Japanese Wagyu Spicy Sansho Pepper memasuki fokus sebagai ‘hero’. A5 Japanese Wagyu ini sesuai untuk dinikmati serta dipadankan dengan Spicy Sansho Pepper yang menyegarkan – mengubah pengalaman makan menjadi perayaan penuh semangat.

A5 Japanese Wagyu ini sekali gigit sahaja, automatik akan ‘cair’ dalam mulut. Sangat-sangat memuaskan.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Dan akhir sekali pastinya menu pencuci mulut iaitu Yuzu Mochi Meringue yang memukau – meringue seperti awan melingkupi mochi berperisa yuzu, menawarkan harmoni menyenangkan antara kecerahan sitrus dan kemanisan seimbang.

Penggemar Mochi pasti akan menyukai menu ini.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Nobu Festive Omakase

Harga untuk Festive Omakase Nobu KL adalah RM700++, dan termasuk:-

  • Cold (Sejuk)
    • Toro Shiso Chimichurri
  • Sushi Selection (Pilihan Sushi)
    • Salmon Jime Nigiri, Mackerel Nigiri, Whitefish Temari, Kampachi Mini Hand Roll
  • Hot (Panas)
    • Shiso Panko Crusted Scallop
  • A5 Japanese Wagyu Spicy Sansho Pepper
  • Truffle Sobagaki
  • Dessert (Pencuci Mulut)
    • Yuzu Mochi Meringue

Semua harga yang dinyatakan adalah dalam MYR (Ringgit Malaysia) dan tertakluk kepada 10% Caj Perkhidmatan dan 6% SST.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03 2380 0028, WhatsApp 019 389 5085 atau e-mel nobuklreservations@noburestaurants.com.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd