Now Reading
Jenama Snek Terkemuka Dari Jepun, JACK ‘n JILL Perkenal Sour Cream & Onion Untuk Kaki Snek!

Jenama Snek Terkemuka Dari Jepun, JACK ‘n JILL Perkenal Sour Cream & Onion Untuk Kaki Snek!

JACK ‘n JILL Calbee Sour Cream & Onion ini akan dijual dengan harga RM 3.30 untuk pek 50g dan RM 8.90 untuk pek 150g.

JACK ‘n JILL Calbee

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


JACK ‘n JILL Calbee, jenama snek terkemuka dari Jepun akan memukau peminat kerepek kentang dengan tawaran terbaru mereka.

Dikenali dengan kepakarannya dalam penghasilan teliti, JACK ‘n JILL Calbee memastikan setiap keping kerepek memberikan kerangupan dan rasa yang sempurna.

JACK ‘n JILL Calbee telah menerima pengiktirafan yang meluas atas kerepek kentang mereka yang dihiris rapi, memberikan kerangupan dan kelazatan dalam setiap gigitan.

Diperbuat daripada kentang yang dipilih secara teliti dengan kualiti premium yang tinggi dan diimport, setiap keping adalah segar dan memberikan pengalaman rasa unik.

Komitmen kepada keunggulan ini sejajar dengan slogan Calbee, ‘Sooooo Japanese,’ yang membawa warisan Jepun melalui setiap gigitan.

JACK ‘n JILL Sour Cream & Onion

Bulan lalu (Ogos 2023), JACK ‘n JILL Calbee memperkenalkan JACK ‘n JILL Sour Cream & Onion di mana mereka telahpun melancarkan varian rasa Sour Cream & Onion yang dinantikan, sekaligus memperluas rangkaian snek ini.

Sumber: Siti Murni/TRP

JACK ‘n JILL Calbee Sour Cream & Onion tercipta bertujuan untuk meningkatkan pengalaman ‘snacking’ kepada tahap lebih tinggi sambil memenuhi citarasa peminat kerepek kentang.

Varian rasa Sour Cream & Onion akan tersedia dalam dua pilihan saiz pembungkusan, iaitu 50g dan 150g.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

JACK ‘n JILL Calbee Sour Cream & Onion akan tersedia di pasaraya utama dan kedai runcit besar di seluruh negara. Produk ini akan dijual dengan harga RM 3.30 untuk pek 50g dan RM 8.90 untuk pek 150g.

Ini kalau makan, kudap-kudap terus habis 2-3 pek. Percayalah.

Beli lebih sikit, please.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd