Now Reading
Round @ HappyMansion Tawar Hidangan Neapolitan Piza Di Petaling Jaya [Review]

Round @ HappyMansion Tawar Hidangan Neapolitan Piza Di Petaling Jaya [Review]

Round @ HappyMansion adalah sebuah restoran pork-free dan boleh dinikmati oleh golongan Muslim di luar sana kerana mereka hanya menggunakan bahan-bahan halal dalam pembuatan piza mereka.

round happymansion

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


‘Kaki Piza’ di luar sana pasti akan menggemari ‘spot’ baru untuk korang menikmati hidangan Neapolitan Pizza iaitu di sebuah restoran yang dikenali sebagai Round @ HappyMansion. Kedai ini baru sahaja dibuka dan telah mula beroperasi pada Disember 2022.

Pendek kata, ‘hidden gem’ untuk diterokai bersama-sama yang tersayang.

Round @ HappyMansion ini diasaskan oleh seorang individu yang bernama Alan Goh. Beliau menjelaskan telah mempelajari cara-cara pembuatan Neapolitan pizza setelah menghadiri kelas memasak di United Kingdom.

Setelah pulang ke tanah air, Alan tanpa membuang masa telah mencuba untuk menghasilkan hidangan piza ini di rumahnya sendiri saat negara dilanda pandemik.

Apa yang lebih menarik, Alan kemudiannya tampil dengan idea untuk melangkah ke hadapan dengan mencipta jenama piza yang dikenali sebagai Uno’s Pizzeria yang dijual di atas trak makanan (food truck).

Dan pada bulan Disember tahun lalu, Alan akhirnya berjaya membuka restoran piza idaman yang diberi nama Round @ HappyMansion.


Piza Neapolitan Kontemporari.

Untuk pengetahuan korang, Round adalah restoran piza Neapolitan kontemporari di mana intipati Itali memenuhi kecanggihan seni masak moden. Kisah ‘Round’ ini bermula apabila team mereka memiliki ‘passion’ untuk mendalami perisa dan keaslian Itali yang tulen, serta komitmen untuk menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diimport terus dari negara berkenaan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Lebih menarik perhatian, hidangan piza di Round ini bukan sekadar makanan, malah ianya adalah ‘karya seni’ team Round sendiri. Mereka menghasilkan setiap hidangan piza dengan penuh semangat di mana ianya bermula dengan proses penapaian yang panjang untuk memastikan tekstur dan rasa yang sempurna pada gigitan pertama.

Sumber: Siti Murni/TRP

Malah, doh piza juga dibuat ‘fresh’ setiap hari dengan sempurna oleh tukang yang sememangnya mahir dalam bidang pembuatan doh ini. Tambahan lagi, setiap piza yang dihasilkan dibakar dalam ketuhar piza batu bata binaan tangan Stefano Ferrara yang diimport terus dari Itali, di mana ianya meneruskan tradisi piza Neapolitan yang sudah berusia 100 tahun lamanya.

Nak tahu tak, ketuhar piza yang diimport itu berharga RM100,000 ya!

Bukan calang-calang.

Sumber: Siti Murni/TRP

Hidangan Piza Istimewa Di Round @HappyMansion.

Mengulas lanjut, Round amat mementingkan kecemerlangan serta komitmen mereka terhadap setiap hidangan yang dikeluarkan buat pelanggan mereka. Dan buat anda yang tidak tahu ingin memesan menu apa di Round @ HappyMansion buat kali pertama, jangan risau.

Mereka menawarkan hidangan kegemaran ramai iaitu Piza Buffalo Margherita iaitu piza klasik enak yang pastinya digemari oleh pencinta piza di luar sana.

Sumber: Siti Murni/TRP

Bukan itu sahaja, jika anda ingin mencuba menu piza lain pula, Piza Salami Pepperoni merupakan keseimbangan sempurna antara rasa kepedasan dan berperisa yang akan menaikkan lagi selera anda. Silap-silap boleh order lagi satu!

Manakala, piza Funghi pula adalah gabungan cendawan segar dan keju mozarella berkrim lazat yang akan membawa anda terus ke Itali. Ha, kira kalau makan piza ini memang automatik sampai Itali.

P.S: Round @ HappyMansion adalah sebuah restoran pork-free dan boleh dinikmati oleh golongan Muslim di luar sana kerana mereka hanya menggunakan bahan-bahan halal dalam pembuatan piza mereka.


Selain Piza, Ada Apa Lagi Di Round @ HappyMansion?

Untuk ‘Kaki Kopi’ di luar sana, korang juga boleh datang ke Round untuk menikmati kopi artisan mereka yang dibuat oleh pembuat kopi yang handal, diikuti dengan biji kopi lazat.

Kalau tekak tak terasa nak minum kopi, boleh juga pesan jus segar mereka yang diletakkan di atas kaunter air mereka. Pelbagai jenis perisa boleh dipilih.

Selain itu, Round turut menawarkan menu untuk kudap-kudap seperti pastries dan kek. Nak dating dengan yang tersayang sambil minum kopi dan makan kek pun boleh. Santai sahaja.

Sumber: Siti Murni/TRP

Yang paling penting, jangan lupa untuk mengambil gambar di setiap sudut restoran ini kerana design kontemporari yang dipersembahkan membuatkan gambar-gambar anda akan lebih ‘Instagramble’.

Sumber: Siti Murni/TRP

Lighting pun sangat-sangat lawa, sesuai untuk anda yang menginginkan gambar yang estetik untuk dimuat naik di media sosial.

Sumber: Siti Murni/TRP

[Review] TRP Cuba Piza Di Round @ HappyMansion, Apa Yang Sedap? Baca Ulasan Kami!

Setibanya team TRP di Round, kami dihidangkan dengan dua jenis sides, 3 jenis piza, dan juga 2 jenis pencuci mulut yang menjadi ‘signature’ di sana. Persembahan makanan (food presentation) memang A+, tak dapat dinafikan. Sampaikan rasa sayang untuk sentuh dan makan! 😀

Berikut merupakan menu-menu yang kami cuba:

  • Sides:
    • Caprese.
    • Burrata salad w Bresaola (I.G.P.)
  • Piza:
    • Marinara (Vegan)
    • Margherita (Vegetarian)
    • Diavola (Spicy)
  • Pencuci Mulut (Desserts):
    • Classic Tiramisu
    • Granita (seasonal flavour)
Granita (seasonal flavour).
Sumber: Siti Murni/TRP
Classic Tiramisu.
Sumber: Siti Murni/TRP

Okay ke tak? Soalan paling susah sebab semuanya memang sedap-sedap belaka. Mujur team kami hanyalah 4 orang, jika lebih ramai pasti kami akan memesan lebih banyak piza.

Pada mulanya kami dihidangkan dengan ‘sides’ iaitu salad Caprese dan Burrata salad with Bresaola (cured beef). Kedua-dua hidangan ini dilihat agak serupa, tetapi beberapa bahan dressing yang diletakkan di atas akan mudahkan anda untuk membezakannya.

Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Caprese diperbuat daripada D.O.P. Bufala, D.O.P. Parmigiano Reggiano, herba campuran, kepingan garam laut, Lada B. Sarawak, dan minyak zaitun dara tambahan yang dicampur dengan arugula (roket) dan tomato.

Sementara itu, salad Burrata dengan Bresaola diperbuat daripada daging lembu yang diawetkan, arugula dan tomato yang dicampur dengan vinaigrette balsamic dan kepingan garam laut. Bufala burrata mempunyai tekstur telur rebus serta rasa lembut dan berkrim.

Piza paling laris ialah piza Margherita, sesuai untuk mereka yang mengambil hidangan vegetarian. Piza Margherita dibuat dengan lima bahan asas sahaja iaitu: tomato San Marzano, keju mozzarella, minyak zaitun dara tambahan, parmigiano reggiano dan daun selasih (cef Alan kata kalau bahan terlebih, terus tak jadi).

Meskipun bahagian tengah piza kelihatan lembut kerana minyak zaitun, kepingan itu boleh diangkat dan dilipat dengan mudah di tangan untuk dimakan.

Seterusnya ialah pizza Marinara yang diperbuat daripada tomato San Marzano, baby tomato, oregano, bawang putih, selasih dan minyak zaitun.

Bawang putih memberikan pizza Marinara yang lebih berperisa berbanding Margherita.

Diavola adalah salah satu piza yang wajib untuk dicuba! Kalau korang nak tahu betapa pedasnya piza ini, maksud Diavola secara literal bermaksud ‘Devil’.

Piza pedas ini diperbuat daripada Fior Di Latte (sejenis keju lembut), pepperoni daging lembu, bayam, parmigiano reggiano, cili dan minyak zaitun.

Diavola juga disertakan dengan habanero tambahan jika ia tidak cukup pedas untuk anda. Rasa piza yang hebat dibuat dengan betul kerana mereka tidak ditenggelami oleh kepedasan, yang menjadikan ini sebagai piza yang paling menarik berbanding yang lain.


Hidangan Pencuci Mulut.

Perut sudah kenyang, tetapi siapa je boleh cakap ‘NO’ untuk pencuci mulut, kan?

Kami seterusnya dihidangkan pula dengan pencuci mulut iaitu Tiramisu dan Granita.

Tiramisu diperbuat dengan coklat daripada Chocolate Concierge. Sementara itu, perisa Granita diilhamkan oleh musim bunga bulan ini, sebab itulah asasnya diperbuat daripada teh oolong, dicampur dengan buah markisa dan lemon. Perisa granita yang tajam dan segar juga berfungsi sebagai pembersih lelangit (palate cleanser).

Memang betul-betul ‘pencuci mulut’.


The Verdict?

Setiap piza mempunyai perisa tersendiri, tetapi bagi kami Diavola mempunyai profil perisa yang paling menarik. Pada gigitan pertama pun dah memang ‘ngam’. Secukup rasa, orang kata.

Doh piza yang tersangat lembut!
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Diavola mempunyai gabungan habanero yang dipotong dan ditapai, jadi korang mungkin merasakan ia seolah-olah serupa dengan Tabasco.

Dan sejujurnya, doh piza yang ringan membuatkan kami tidak merasa ‘bloated’ walaupun dah melantak macam tak makan setahun. Malah, perut pun tak terasa kembang selepas dihidangkan dengan tiga jenis piza tersebut.

Kami sarankan untuk anda mencuba sendiri hidangan piza Neapolitan di Round ini untuk mencipta pengalaman menarik bersama yang tersayang. Bukan selalu dapat merasa piza Neapolitan, kan? 😉 

  • Alamat: Happy Mansion, BG8, Block B, Jalan 17/13, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu Beroperasi:
    Tutup setiap hari Selasa.
    Isnin – Jumaat: 12pm-3pm / 6pm-10pm
    Sabtu & Ahad: 12pm-10pm

Instagram: Round HappyMansion


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd