Now Reading
Pasadena Burgers Perkenal 4 Menu Baharu & ‘Frosty Fries’ Pertama Di Malaysia [Review]

Pasadena Burgers Perkenal 4 Menu Baharu & ‘Frosty Fries’ Pertama Di Malaysia [Review]

All-Meat Cheeseburger dan Blue Cheeseburger oleh Pasadena Burger kini muncul dengan ‘modern twists’ tersendiri buat kaki burger di luar sana.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Burger, fries & milkshake = kombinasi paling tepat.

Hidangan burger sememangnya tidak lengkap tanpa kentang dan juga milkshake. Tak kisahlah pada waktu pagi, petang, mahupun malam, hidangan burger masih perlu dinikmati dengan combo seperti ini. “Baru layan,” orang kata.

via GIPHY


Pasadena Burger Muncul Dengan 4 Menu Baharu.

‘Pakar’ burger ala Amerika iaitu Pasadena Burger baru-baru ini telah memperkenalkan ciptaan menu baharu mereka iaitu:

  • Mushroom Swiss Cheeseburger.
  • Swiss Cheese Mushroom Chicken Burger.
  • All-Meat Cheeseburger.
  • Blue Cheeseburger.

Untuk rekod, All-Meat Cheeseburger dan Blue Cheeseburger muncul dengan ‘modern twists’ tersendiri buat kaki burger di luar sana. Dan menu baharu ini memang lebih hispter dan ianya memang kombinasi kegemaran ramai iaitu burger daging dengan keju.

Yang bestnya, korang boleh makan burger-burger ini tanpa rasa bersalah sebab cara masakannya adalah lebih sihat dan kandungan protein pula tinggi dan bagus untuk pembentukan serta pembaikan otot.


TRP Cuba Menu Baharu Pasadena Burger.

Dan seperti biasa, kami selaku wakil daripada kaki burger di luar sana telahpun ‘turun padang’ dan mencuba sendiri beberapa menu baharu di Pasadena Burger untuk menilai sendiri kesedapan burger viral ini.

Tapi jangan risau, kalau tak kena dengan tekak dan citarasa kami, mungkin kena dengan citarasa korang di luar sana. Maklumlah, tekak masing-masing.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
(Sumber: Siti Murni/TRP)

#1. Mushroom Swiss Cheeseburger: Burger ini disaluti dengan swiss cheese dan memang meleleh bila makan. Ada pula cendawan yang dikisar dengan bawang putih, daun thyme, dan dihidang pula dengan roti brioche panas. Memang sangat juicy. Korang akan rasa bawang karamel manis dan keseimbangan rasa garam dan bacon rangup dalam burger ini.

Rating: 8/10.

#2. All-Meat Cheeseburger: Kalau korang tengah dalam fasa untuk ‘bulk-up’, hidangan all-meat cheeseburger ini memang sesuai untuk korang. Burger daging keju yang padu ini menggabungkan patty daging lembu bakar diikuti dengan beef bacon yang juicy serta keju meleleh.

Kelazatan burger ini adalah daripada caramelised onion dan sos pedas Miyazaki. Oh! Daging yang digunakan dalam hidangan burger ini adalah Australian Grass-Fed. Sebab itulah rasa kenyang tak terkata, memang padat sungguh.

Rating: 10/10/

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Frosty Fries Pertama Di Malaysia.

Eh, bukan menu burger baharu sahaja diperkenalkan! Pasadena Burger kali ini ‘level-up’ dengan mengeluarkan satu menu unik dan masih belum ada di mana-mana kedai di Malaysia.

Inovasi terbaharu penuh keseronokan ini dikenali sebagai Frosty Fries “Shake ‘n’ Spuds”.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Ini adalah Milkshake Dipping Fries pertama di Malaysia, di mana korang boleh menikmati gandingan kentang goreng panas dengan milkshake homemade dalam perisa Vanila, Coklat, dan Strawberi.

Paling sedap, kentang goreng (curly fries) ini diimport terus dari USA!

“Di Pasadena Burger, kami berbangga sebab kami offer pengalaman burger ala California authentic dan berkhasiat, guna 100% daging lembu grass-fed dan tanpa MSG,” kongsi Cornelius Lu selaku Pengasas Pasadena Burgers.

Cornelius Lu, Pengasas Pasadena Burger.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

“After all, burgers should not only satisfy your cravings, but also make your feel good about eating it!”


Pemain Tenis Kebangsaan Cuba Mushroom Swiss Burger!

Untuk rekod, pemain tenis kebangsaan Malaysia dan duta Pasadena Burger Christian Didier Chin telah mencuba sendiri Mushroom Swiss Cheeseburger dan merasakan menu burger oleh Pasadena ini dihidangkan dengan seimbang.

“Saya boleh menikmati hidangan burger ini dua kali seminggu tanpa menganggu jadual latihan,” jelasnya.

Pemain tenis kebangsaan Malaysia dan duta Pasadena Burger, Christian Didier Chin.

Kesemua menu burger baharu ini boleh didapati di kedai fizikal Pasadena Burger di Plaza Mont Kiara dan Lot 10, dan juga boleh ditempah secara dalam talian untuk penghantaran melalui laman web rasmi Pasadena Burger.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd