Now Reading
Häagen-Dazs & Pierre Hermé Bawa Keunikan Perancis Ke Malaysia Dengan Hasil Tangan ‘Picasso Pastri’

Häagen-Dazs & Pierre Hermé Bawa Keunikan Perancis Ke Malaysia Dengan Hasil Tangan ‘Picasso Pastri’

Koleksi Aiskrim Macaron ini merupakan kombinasi hasil kerja Pierre Hermé dan jenama aiskrim ikonik Häagen-Dazs yang tercipta sebagai pencuci mulut musim panas.

Häagen-Dazs

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kini anda tidak perlu ke Perancis untuk menikmati Koleksi AisKrim Macaron terbaru dari pembuat aiskrim mewah Häagen-Dazs dan chef pastri tersohor di dunia Pierre Hermé.

Untuk meraikan usahasama ini, Häagen-Dazs bakal mengadakan kempen ‘scoop’ percuma di rangkaian Häagen-Dazs Sunway Velocity Mall dan Autocity, Pulau Pinang.

Saya amat teruja dapat bekerjasama dengan Häagen-Dazs untuk menghasilkan rangkaian baharu ini. Sepanjang dua puluh tahun dalam bidang ini, saya sentiasa mencipta dan menginterpretasikan resepi macaron saya kerana ia merupakan saluran kreatif kegemaran saya. Sama ada tekstur, persembahan ataupun kemungkinan untuk saya mengekspresikan ‘rasa’, macaron menyediakan ruang yang ideal untuk saya menonjolkan kreativiti.

Pierre Hermé.

Koleksi Aiskrim Macaron ini merupakan kombinasi hasil kerja Pierre Hermé dan jenama aiskrim ikonik Häagen-Dazs yang tercipta sebagai pencuci mulut musim panas.

Koleksi ini membawakan tiga perisa unik menggabungkan kulit macaron mini yang rangup dan kenyal dengan aiskrim luar biasa. Ia juga menghasilkan harmoni di antara rasa hebat aiskrim Häagen-Dazs dan macaron perisa badam Pierre Hermé yang mempunyai rasanya tersendiri.

Tiga perisa aiskrim yang berbeza adalah:

  • Strawberry & Raspberry: Kemanisan musim panas.
  • Double Chocolate Ganache: Personifikasi pencuci mulut Perancis.
  • Yuzu and Lemon: Gabungan masam dan manis.

#1. Parfait Macaron.

Lengkapkan janji temu anda dengan parfait Strawberry & Raspberry atau Double Chocolate Ganache. Parfait ini akan digabung enak dengan aiskrim Raspberry Sorbet atau Salted Caramel, kulit macaron rangup, sos atau coulis, krim putar dan topping.

#2. Kon Macaron Kiss.

Tiada pengalaman lebih menarik dari menikmati Kon Macaron Kiss Häagen-Dazs! Pilih perisa aiskrim macaron dan padankan dengan sorbet atau aiskrim dan tambah kepingan macaron, coulis atau sos.

#3. Crush, Frappe, Atau Smoothie!

Häagen-Dazs turut menawarkan minuman edisi-terhad pada musim ini bersempena perisa aiskrim macaron terbaharu! Pilih Yuzu Macaron Crush untuk rasa masam dan sitrus, pilihan menyegarkan untuk kekal dingin pada musim panas.

Anda yang meminati pilihan yang manis boleh menikmati Berry In Love Macaron Smoothie untuk merasai gabungan enak buah beri dengan aiskrim dan sorbet ditambah dengan strawberi segar.

Untuk pilihan mewah dan rasa hebat, pilih Frappe Mocha Macaron dan nikmati hasil gabungan aiskrim, sos coklat fudge dan Salted Caramel Cappucino dicampur dengan kopi ais. Kesemua minuman dari menu ini telah dihiasi dengan kulit macaron!


Koleksi La Vie En Rose.

Pencuci mulut La Vie En Rose, hidangan eksklusif serantau yang boleh dikongsi. Pencuci mulut enak ini menghidangkan perisa hebat dengan kek mini aiskrim di bahagian tengah, dihiasi dengan aiskrim Strawberry & Raspberry Macaron dan Raspberry Sorbet, kulit macaron rangup dan strawberi segar.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasai sendiri kenikmatan rasa Le Macaron Cakes yang hadir dengan dua gabungan perisa iaitu Double Chocolate Ganache Macaron dan Cookies & Cream dan Strawberry & Raspberry Macaron dan Raspberry Sorbet.

Kek ini dihiasi indah dengan kulit macaron dan kemasan berkilat. Jadikan pengalaman musim panas anda lebih baik tahun ini dengan Le Macaron Cakes!


‘Scoop’ PERCUMA!

Jangan lupa set kalendar anda pada 15 hingga 30 Jun 2023 untuk hadir ke acara scoop percuma di Sunway Velocity Mall dan Auto City, Pulau Pinang.

*sementara stok masih ada.

Bagaimana caranya? Mudah je!

  • Layari Instagram @haagendazsmy
  • Gunakan filter “Which Macaron Ice Cream Flavour Are You”
  • Kongsikan jawapan dan tag @haagendazsmy melalui Instagram Stories (IGS).

Kemukakan IG kepada staf kedai Häagen-Dazs untuk menebus scoop percuma.

Untuk lokasi kedai dan maklumat lanjut, sila layari @haagendazsmy di Instagram atau layari Häagen-Dazs di haagendazs.com.my/shop/.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd