Now Reading
OldTown White Coffee Perkenal Menu Sihat Buat Anda Yang Inginkan Diet Berasaskan Tumbuhan [Review]

OldTown White Coffee Perkenal Menu Sihat Buat Anda Yang Inginkan Diet Berasaskan Tumbuhan [Review]

OldTown White Coffee menjaga kesihatan pelanggan dengan mencatatkan jumlah kalori dan alergen pada setiap hidangan di dalam menu mereka bagi memastikan pelanggan mengetahui dengan tepat apa yang mereka makan.

menu sihat oldtown white coffee

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Jika sebelum ini, kopitiam di Malaysia dikenali dengan reputasi di mana kedai makan ini menyajikan makanan yang tidak semestinya sihat atau inklusif kepada mereka yang tidak tahan laktosa (lactose-intolerant) atau mencari pilihan hidangan tanpa daging (meatless).

Tapi jangan risau, OldTown White Coffee baru sahaja memperkenalkan menu sihat baharu khas buat mereka yang menginginkan diet berasaskan tumbuhan. Pelancaran menu sihat oleh OldTown White Coffee ini telah bermula pada 15 Mei 2023, menyajikan makanan sedap dan sihat ke seluruh negara.


Menu Sihat OldTown White Coffee.

Menu baru ini adalah hidangan seperti Curry Mee, Nasi Lemak, dan minuman yang menyegarkan telah diubahsuai menjadi lebih peka kesihatan dan bebas tenusu supaya pelanggan boleh menikmati hidangan yang enak tanpa rasa bersalah.

OldTown White Coffee menjaga kesihatan pelanggan dengan mencatatkan jumlah kalori dan alergen pada setiap hidangan di dalam menu mereka bagi memastikan pelanggan mengetahui dengan tepat apa yang mereka makan.

OldTown turut bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyediakan maklumat yang paling tepat buat para pelanggan.


Telur & Ayam Berasaskan Tumbuhan.

Hidangan terlaris di OldTown White Coffee iaitu BBQ Dry Curry Egg Noodles dan OldTown Nasi Lemak dikatakan telah mendapatkan penambahbaikan yang lebih sihat dengan telur dan ayam berasaskan tumbuhan.

Jangan risau, meskipun berasaskan tumbuhan, rasa hidangan tersebut tetap sama kerana kandungan serat dan nutrien di dalamnya masih mencukupi.

Mereka juga menyediakan hidangan berasaskan tumbuhan yang boleh diambil dengan mudah melalui Chick’n Popcorn Bites untuk golongan yang sentiasa sibuk atau ibu bapa yang ingin memperkenalkan pilihan lebih sihat kepada anak-anak.

Buat mereka yang mempunyai masalah lactose intolerant pula, OldTown White Coffee turut menyediakan minuman Oat Milk, terutamanya Mocha Cookie Crumble dan Coconut Candy White Coffee Latte yang lazat dan selamat untuk diminum.

[Review]

Team TRP pada minggu lalu telah disajikan dengan beberapa jenis menu ‘signature’ di OldTown White Coffee, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya oleh Eda Hayati selaku Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd.

Ketika sesi berkenaan, Puan Eda telah beramah-mesra bersama kami dengan menceritakan serba sedikit tentang bagaimana idea untuk memperkenalkan menu sihat ini tercetus.

Menu yang dihidangkan untuk kami rasai adalah:

  • OldTown Nasi Lemak.
  • BBQ Dry Curry Egg Noodles.
  • Hainanese Chick’n Chop Rice.
  • BBQ Rice Bowl.
  • Ginger Chick’n Steamed Rice.

Verdict?

Untuk OldTown Nasi Lemak, rasanya memang akan memenuhi citarasa orang ramai dengan sambal pedas manis serta kuah kari ayam yang dihidangkan. Bila diberitahu telur dan ayam kari menu ini adalah berasaskan tumbuhan, pada mulanya kami agak pelik dan ‘skeptikal’, tapi bila dah masuk mulut – sedap rupanya.

Dalam bahasa mudah; unik.

Begitu juga dengan menu-menu ayam dan telur yang berasaskan tumbuhan dalam menu sihat OldTown ini. Tak ada yang beza sangat pun, cuma sihat atau tidak sahaja. Yang penting kandungan serat dan nutrien mencukupi dalam setiap hidangan.

OldTown Nasi Lemak (kiri) & Hainanese Chick’n Chop Rice (kanan).
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Tapi kami ingin ingatkan juga, mungkin ada sesetengah orang yang tidak dapat menelan menu makanan sihat ini. Maklumlah lain orang, lain citarasanya.

Tekak masing-masing, kan? Tapi kalau nak cuba sendiri, tak salah.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Sekian, review dari kami.

Kalau nak mencuba sendiri menu-menu sihat keluaran OldTown White Coffee ini, korang boleh terus ke cawangan OTWC yang berdekatan untuk menikmati sendiri pilihan lebih sihat dari OldTown: bebas kolesterol, kaya protein, dan lazat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd