Now Reading
Setelah Lebih 20 Tahun Berada Di Pasaran, Munchy’s Cream-O Perkenal Biskut Cip Coklat

Setelah Lebih 20 Tahun Berada Di Pasaran, Munchy’s Cream-O Perkenal Biskut Cip Coklat

Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat serba baharu ini hadir dengan dua perisa yang menarik iaitu Original dan Dark Chocolate.

cream-o biskut

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Bila waktu petang sahaja, pasti mulut akan terasa seperti ingin mengunyah, kan? Tak kisahlah snek apa pun, kalau dapat buat kerja sambil menikmati kudapan memang akan lebih ‘layan’ dan produktif!

Jangan risau, untuk penggemar biskut lejen Cream-O di luar sana. Jenama biskut terkemuka ini baru sahaja mengumumkan biskut cip coklat baharu di pasaran untuk dinikmati oleh setiap golongan tanpa mengira peringkat umur.


Cream-O Perkenal Biskut Cip Coklat Baharu

Dengan warisan lebih daripada 20 tahun di seluruh rantau Asia Tenggara, Cream-O adalah jenama terkenal yang menawarkan pelbagai jenis biskut berlapis lazat.

Diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti, setiap biskut Cream-O dibakar dengan sempurna, dan pastinya memenuhi keinginan setiap penggemar biskut.

Munchy’s teruja untuk memperkenalkan Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat yang serba baharu, kini terdapat dalam dua perisa yang menarik iaitu Original dan Dark Chocolate!

Seperti yang kita tahu, coklat adalah perisa yang amat digemari di Malaysia, bukan sahaja dalam kalangan remaja tetapi juga oleh golongan dewasa muda.

Penuh dengan rasa coklat dan nikmat, ia juga dikenali sebagai pembangkit mood yang menggembirakan setiap orang. Dengan rasa yang lebih coklat, Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat membawa kebahagiaan coklat ke tahap seterusnya.

Sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua, Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat boleh menggembirakan gaya hidup biasa sesiapa sahaja, sambil memuaskan selera dan mengenyangkan perut.

Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat boleh didapati dalam dua saiz untuk dinikmati pada bila-bila masa. Harga pun mampu milik iaitu 51g pada harga RM1.20 dan 119g pada harga RM2.80 dan boleh dibeli daripada pasar raya utama dan pasar raya besar di seluruh negara.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.


Review.

Team TRP telah dihantar dua pek biskut coklat cip dan kami sudah merasai sendiri biskut baharu keluaran Cream-O ini. Review kami simple sahaja: sedap dan puas bila makan. Biskut dengan coklat cip yang mampat ini sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Bolehlah buat alas perut masa tengah tersekat dalam trafik on-the-way pergi dan balik kerja.

cream-o biskut
Sumber: Siti Murni/TRP

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd