Matcha Eight Di LaLaport Bukit Bintang Tawar 8 Jenis Perisa Aiskrim Premium Dari Kyoto, Jepun!
Matcha Eight merupakan jenama aiskrim teh Jepun premium yang diperbuat daripada serbuk teh single-origin terbaik yang diimport terus dari Wazuka, Kyoto, Jepun.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Buat penggemar Matcha atau teh hijau di luar sana, anda pasti ‘tak senang duduk’ bila kami beritahu di LaLaport, Bukit Bintang City Centre terdapat satu kedai aiskrim yang menawarkan lapan (8) jenis perisa Matcha yang ‘artisanal’, premium, dan juga 100% diperbuat daripada Japanese Tea!
Bunyi pun dah terliur, kan? Itu belum cuba lagi.

Sejarah Matcha Eight: Aiskrim Perisa Matcha Premium Untuk Semua
Matcha Eight bermula pada 14 April 2021 dengan pengeluaran empat (4) perisa yang dijual secara atas talian. Dan pada 20 Januari 2022, Matcha Eight telah dibuka di pusat membeli-belah Mitsui, Sepang di mana lapan (8) perisa premium diperkenalkan.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Matcha Eight menyajikan aiskrim teh Jepun yang berkualiti, premium, dan 100% semulajadi. Ia diperbuat daripada serbuk teh single-origin yang terbaik, diimport dari bandar Wazuka, Kyoto, Jepun.
Jenama ini memperkenalkan aiskrim teh Jepun premium pertama di Malaysia yang menawarkan rangkaian sencha, matcha, dan hojicha dengan kepekatan teh yang berbeza untuk memenuhi citarasa setiap orang.
Apa yang lebih menarik, Matcha Eight merupakan hasil seni kulinari dan minat yang mendalam diikuti dengan kolaborasi eksklusif bersama Michelin-starred, Master Chef Takuji Takahashi dari Kyoto.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Oh! Aiskrim ini adalah mesra-muslim.
Jadi jangan risau sebab kesemua bahan yang digunakan adalah disahkan halal.
8 Jenis Perisa Matcha Berbeza Di Matcha Eight, LaLaport
Kaki Matcha pasti akan teruja dengan perisa-perisa aiskrim premium yang ditawarkan oleh Matcha Eight ini. Nama-nama yang diberikan pun ada maksud di sebaliknya. Bukan calang-calang!

Contohnya seperti:
- Lovesick Girl: Mild sencha.
- Soulmate: Medium sencha.
- Maybe It’s Love: Mild matcha.
- Matcha Me Tonight: Medium matcha.
- Hocus Matchacus: Intense matcha.
- Melodrama Queen: Campuran yang kuat antara sencha dan matcha.
- Hojilicious: Light hojicha.
- Ho Ho Hoji: Intense hojicha.

Kesemua jenis perisa yang ditawarkan ini sememangnya memiliki level rasa Matcha yang berbeza. Dalam erti kata mudah, aiskrim yang disusun di Matcha Eight ini telahpun mengikut turutan mengikut rasa ‘intensity’ dan juga ‘pureness’ setiap perisa Matcha yang ada.
Jadi, untuk korang yang tidak sukakan aiskrim ‘strong’ ataupun terlalu kuat, bolehlah pilih perisa yang ‘light’ bermula daripada nombor satu (1) sehingga nombor empat (4). Tapi kalau korang jenis yang suka sesuatu yang ‘strong’ dan ‘pure’, boleh ambil nombor lima (5) dan ke atas.

Tapi paling menarik, korang boleh pilih untuk mencampuri perisa aiskrim yang ada. TAPI! Jangan tersalah ambil pula. Kalau korang nak mengikuti cara yang betul untuk mengambil aiskrim jenis matcha, hojicha, dan sencha ini – pastikan korang mengenali ‘tastebud’ diri sendiri terlebih dahulu. Sama ada korang boleh kawal atau tidak sekiranya perisa aiskrim yang dipilih terlalu ‘strong’ ataupun terlalu ‘mild’.
Ha, masa inilah paling terbaik untuk ‘explore’ lidah masing-masing!
Master Chef, Takuji Takahashi
Masterchef Takuji Takahashi ialah seorang jurulatih yang memenangi Michelin-starred dan merupakan pemilik generasi ketiga Restoran Kinobu di Kyoto, Jepun. Restoran ini terkenal dengan hidangan kaiseki tradisionalnya. Di bawah kolaborasi eksklusif dengan Matcha Eight, beliau telah mencipta setiap resepi aiskrim di Matcha Eight bagi menonjolkan profil rasa unik sencha, matcha, dan hojicha.
Apa yang kami boleh katakan adalah aiskrim yang ditawarkan di Matcha Eight ini memang ekslusif, premium, dan dibawakan khas dari Jepun buat rakyat Malaysia yang meminati teh hijau/matcha.
Kalau korang nak cuba sendiri, boleh kunjungi kedai Matcha Eight di lokasi:
- Lot G-68, LaLaport Bukit Bintang City Centre, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur. - Waktu Operasi: 10am – 10pm. Dibuka setiap hari.
- Website: matchaeight.com
- Facebook: @matchaeight
- Instagram: @matchaeight
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.