Now Reading
Bermula Dari Plaza KL, Kini Coffee Bean Tea Leaf Buka Cawangan Ke-150 Di Sierra, Puchong

Bermula Dari Plaza KL, Kini Coffee Bean Tea Leaf Buka Cawangan Ke-150 Di Sierra, Puchong

The Coffee Bean & Tea Leaf telah menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan seawal kewujudannya di Malaysia di mana jenama ini berjaya membuka 140 buah kafe di Malaysia setakat tahun 2022.

CBTL

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 14 April lalu, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia melangkah ke hadapan dengan melakar satu lagi detik yang bersejarah dengan pembukaan kafe ke-150 miliknya di Malaysia.

Terletak di Sierra Fresco, Puchong, kafe baharu ini membuktikan dedikasi berterusan The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat seluruh rakyat Malaysia.

Sejak pembukaan kafe The Coffee Bean & Tea Leaf di Malaysia yang sulung pada tahun 1997, kami telah menjadikan Malaysia sebagai rumah kami. Dengan ini, kami terus menjulang komitmen untuk membawakan pelbagai pengalaman yang istimewa melalui setiap minuman dan makanan yang kami hidangkan. Oleh itu, kami berasa amat bersyukur kerana cita dan semangat kami juga disambut baik oleh rakyat Malaysia, yang terus mendukung usaha kami untuk menjadikan kafe-kafe The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia sebuah ruang komuniti yang istimewa. Pembukaan kafe kami yang ke-150 merupakan komitmen kami untuk terus memupuk hubungan yang kami telah corak dengan para pelanggan di Malaysia.

Mohamed Amar Shah, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia pada majlis pembukaan kafe ke-150.

The Coffee Bean & Tea Leaf, Sierra Fresco, Puchong

Kafe berkeluasan 2,800 kaki persegi yang terletak di Sierra Fresco menampilkan ruang duduk yang luas, termasuk meja komuniti untuk lapan orang, yang secara keseluruhannya dapat memuatkan sebanyak 110 orang pelanggan dan pengunjung.

Reka bentuk dalaman kafe ini yang serba moden dilihat memanfaatkan konsep ruang terbuka, menampilkan gerbang-gerbang yang menawan pada seni binanya.

Motif California Selatan memberi penghormatan kepada asal usul jenama ini, sambil menyempurnakan kafe tersebut dengan pencahayaan gaya matahari terbit, menzahirkan sebuah ambien yang nyaman dan mesra.


Resepi Kejayaan The Coffee Bean & Tea Leaf: Fokus Kepada Inovasi.

The Coffee Bean & Tea Leaf telah menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan seawal kewujudannya di Malaysia di mana jenama ini berjaya membuka 140 buah kafe di Malaysia setakat tahun 2022.

Menunjangi kejayaan ini ialah komitmen berterusan terhadap inovasi dan semangat untuk meneroka sesuatu yang baharu.

Memetik ilham daripada pelbagai juadah dari seluruh dunia, kami sebagai sebuah jenama mempunyai cita yang tinggi terhadap inovasi. Kami terokai dan berusaha untuk mencipta resipi yang dapat menggamit selera rakyat Malaysia, sambil berpegang kepada asal usul yang mendefinisikan suatu juadah. Dengan menoleh ke belakang, kami dapat melihat semangat eksplorasi yang telah dikongsi selama ini antara The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia dan juga para pelanggan kami, dan kami benar-benar menghargai peluang yang diberikan ini untuk menyajikan citarasa dunia yang sebenar kepada mereka.

Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran dan Inovasi The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia.

Explore The Heart Of Raya.

Penawaran yang terkini oleh The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia adalah berpaksikan musim Ramadan dan Raya, mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk Explore the Heart of Raya.

Diilhamkan oleh perisa-perisa yang biasa dan juga luar biasa, minuman musiman yang disediakan terdiri daripada Vanilla Cardamom Cold Brew Coffee dan Cardamom Oat Milk Macchiato.

Diseduh dengan pelaga yang penuh dengan aroma, sentuhan rempah ini menambah kekayaan rasa minuman tersebut. Juga dibawakan untuk memuaskan dahaga para pelanggan ialah Mangoes & Cream Ice Blended® dan Mangoes & Cream Cold Brew Tea.

Sementara itu, menu musiman Ramadan dan Raya The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia menampilkan kek The Straits dan Pine-lemon Sugee, di samping aneka pencuci mulut seperti kek Midnight Chocolate, Mangoes & Cheese Tart dan Cinnamon Raisin Swirl.

Bukan itu sahaja, pelbagai juadah berunsur Timur Tengah juga sedia untuk diterokai dengan hidangan Fattoush Salad, Hummus with Tortilla Chips, Chicken Shawarma dan Baklava Delight.

Sementara inovasi di dapur kekal menjadi fokus utama jenama ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga merancang untuk memperkayakan lagi aksesibiliti para pelanggan dengan penyebarluasan khidmat pandu lalunya.

Kafe Sierra Fresco The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia sudah mula beroperasi dari 15 April 2023.

  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 12 malam setiap Isnin hingga Ahad.
  • Lokas: Jalan Sierra 10/1, Bandar 16 Sierra, 47110 Puchong, Selangor.

Untuk maklumat lanjut daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd