Now Reading
Secret Recipe Cipta Hidangan Istimewa Bersama Cef Anis Nabilah Sempena Ramadan & Raya

Secret Recipe Cipta Hidangan Istimewa Bersama Cef Anis Nabilah Sempena Ramadan & Raya

Hidangan istimewa Secret Recipe ini akan berlanjutan sehingga akhir Syawal 2023.

secret recipe anis nabilah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Untuk menyambut Ramadan dan Raya yang istimewa, Secret Recipe telah melancarkan menu istimewa yang terinspirasi dari hidangan tempatan dengan sentuhan moden kontemporari.

Menu ini pasti akan memuaskan selera anda dengan hidangan yang seimbang dan berkhasiat, sesuai untuk bulan yang penuh berkat ini.

Menu Ramadan dan Raya kali ini ada pelbagai hidangan kegemaran musim yang popular seperti Nasi Kerabu Specials.

Hidangan ini hasil gabungan chef selebriti Anis Nabilah dan ada tiga jenis hidangan dengan nasi biru yang menjadi spotlight.

Selain rasa sedap, ada juga pilihan yang lebih sihat, so memang perfect untuk bulan puasa yang penuh berkat ini!


Menu Istimewa Secret Recipe Hasil Sentuhan Cef Anis Nabilah

Sumber: Siti Murni/TRP

Menu pertama adalah Nasi Kerabu yang menyajikan nasi herba dengan ringkas dan berperisa. Ia disajikan nasi biru bunga telang bersama dengan sayur-sayuran segar, keropok ikan, telur masin, sos kelapa pedas dan sambal.

Sumber: Siti Murni/TRP

Sementara itu, Nasi Kerabu Ayam Percik menyajikan nasi Kerabu biru dengan hidangan sampingan berwarna-warni dan paha ayam panggang serta sos Percik pedas.

Seterusnya, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik menawarkan ikan yang dipanggang dan dilumuri sos Percik, dipadankan dengan nasi biru harum dan pelbagai hidangan sampingan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Untuk melengkapi hidangan yang menyelerakan ini, Anis Nabilah juga telah mencipta dua minuman unik baharu untuk pelanggan Secret Recipe.

  • Kurma Calamansi Fizz: menggabungkan kemanisan dari buah kurma dengan rasa limau kasturi yang bertenaga.
  • Ice Blended Onde-Onde: minuman berasaskan kelapa yang diilhamkan daripada pencuci mulut tradisional yang dinamakan sempena namanya.

Dicipta dengan mengutamakan penggemar makanan yang sukakan eksperimen, minuman ini beralih daripada minuman manis biasa untuk menawarkan pengalaman yang lebih menyegarkan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita dimanjakan dengan kepelbagaian pilihan makanan. Musim Ramadan dan Raya ini, kami berbesar hati untuk membawa kembali salah satu hidangan perayaan kami yang paling laris dan menu Raya kegemaran sepanjang masa – Nasi Kerabu Specials, dengan sentuhan istimewa oleh chef selebriti, Anis Nabilah. Proses untuk mencipta semula menu ini amat menyeronokkan, dengan eksperimentasi profil rasa yang berbeza untuk memenuhi selera yang paling digemari rakyat Malaysia.

Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe.

Cef Anis Nabilah dalam masa yang sama melahirkan rasa kesyukuran di atas peluang untuk bekerjasama dengan rangkaian kafe kegemaran Malaysia, Secret Recipe.

Sumber: Siti Murni/TRP

Sebagai seorang chef, saya rasa teruja untuk bereksperimen dengan hidangan yang mungkin kelihatan biasa kepada orang lain. Ia membolehkan saya menerokai pelbagai rempah ratus, herba dan ramuan, dan akhirnya menghasilkan rasa yang baru dan menarik. Kolaborasi ini amat menyeronokkan kerana saya gemar meneroka pelbagai ciptaan masakan semasa musim Raya. Ia membangkitkan semangat saya untuk teruskan perjalanan saya dalam bidang memasak dan membolehkan saya menerokai pelbagai citarasa!

Cef Anis Nabilah.

Bukan Sahaja Hidangan Istimewa, Kek Istimewa Sempena Ramadan Raya Juga Ditawarkan!

Sebagai pilihan utama rakyat Malaysia yang menggemari pencuci mulut, Secret Recipe juga telah memperkenalkan kek Onde Onde baharu dalam rangkaian kek Platinum Collection, khusus untuk musim Ramadan ini.

Menterjemah salah satu pencuci mulut kegemaran Malaysia dalam bentuk kek, Onde Onde ini adalah hasil ciptaan krim kelapa diapit di antara span pandan gebu, dihiasi dengan krim Gula Melaka dan kepingan kelapa.


Untuk rekod, Nasi Kerabu Specials Secret Recipe kini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia.

Manakala, Onde Onde berharga RM78 untuk bawa pulang dan RM85.35 untuk pembelian makan di restoran dan kesemua cawangan Secret Recipe Semenanjung Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk rasa hidangan istimewa ini tau.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd