Now Reading
KitKat Lancar Kempen ‘Share The Love, Share The Golden Break’ Dengan KitKat Gold Edisi Terhad

KitKat Lancar Kempen ‘Share The Love, Share The Golden Break’ Dengan KitKat Gold Edisi Terhad

Menerusi kempen ini, anda juga berpeluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM350,000 termasuk jongkong emas tulen KitKat®.

kitkat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebut sahaja KitKat, pasti ramai teringat-ingat kesedapan coklat ini. Kalau beli satu, memang tak akan cukup sebab ‘addictive’ sangat. Itu belum lagi anak-anak kecil nampak, boleh berebut dengan mereka ya.

Berita baik untuk penggemar KitKat di luar sana, bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, KitKat®Nestlé melancarkan kempen perayaan “Share The Love, Share The Golden Break” dengan menawarkan pelbagai produk Tahun Baru Cina yang menarik sambil menampilkan KitKat®Gold Edisi Terhad dan peluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM350,000 termasuk jongkong emas tulen KitKat®.

Dalam budaya masyarakat Cina, Tahun Arnab dianggap sangat bertuah kerana mereka yang dilahirkan di bawah tanda zodiak ini merupakan seorang yang cintakan pendamaian, periang dan ramah mesra.

Ciri-ciri ini mencerminkan semangat Tahun Baru Cina serta aspirasi KitKat® iaitu “Have a break, Have a KitKat®” dalam menggalakkan saat-saat yang bermakna, mengeratkan hubungan kasih sayang, kebersamaan dan waktu santai bersama rakan dan keluarga semasa musim perayaan.

Kempen Share The Love, Share The Golden Break ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim melalui perkongsian detik-detik bersama KitKat. Mencari hadiah yang sesuai bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya apabila mencari hadiah yang bermakna. Coklat terbukti dapat merangsang emosi gembira. Maka KitKat secara konsisten memperbaharui produk coklatnya untuk dijadikan hadiah yang menarik supaya semua orang boleh menikmati sambutan Tahun Baru Cina dengan keenakan dan keseronokan, bersama orang tersayang.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad.

KitKat® Gold Lambang Tuah Dan Kemakmuran

Sempena kempen Tahun Baru Cina, KitKat®Gold Edisi Terhad menawarkan kombinasi lazat wafer rangup disaluti dengan dua lapisan coklat susu dan dipadankan dengan perisa karamel enak kepada para pengguna.

KitKat® Gold dibawakan dalam bungkusan berwarna emas dan merah yang melambangkan tuah dan kemakmuran dengan motif perhiasan perayaan bagi menjadikannya hadiah sesuai untuk dikongsi dan ‘cele-break’ bersama rakan dan keluarga.

Pilihan coklat KitKat®Tahun Baru Cina dibawakan dalam pelbagai pakej menarik, antaranya:

  • Tin Hadiah Arnab Tahun Baru Cina KitKat® yang menampilkan replika coklat arnab berisi kepingan wafer KitKat® hancur yang rangup.
  • Pek hadiah ‘Cele-break’ menawarkan pelbagai pilihan coklat KitKat® yang digemari ramai.
  • Pek Mini KitKat®9g disertakan dengan beg kembara menarik berinspirasikan KitKat®dan Tahun Baru Cina.

KitKat Anjur Promosi Di Sunway Pyramid

Bersempena dengan kempen “Share The Love, Share The Golden Break”, KitKat® telah menganjurkan pameran promosi selama 5 hari bertempat di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid.

Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik, sampel coklat KitKat® dan sertai peraduan “Win Gold” KitKat®.

Peraduan “Win Gold” KitKat® yang kini berlangsung selama 8 minggu sehingga 20 Februari 2023 menawarkan hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000, termasuk Hadiah Utama iaitu:

  • 8 unit jongkong emas tulen KitKat® 4-Jejari.
  • 8 unit jongkong emas tulen KitKat® 2-Jejari bersaiz sebenar untuk dimenangi.

Hadiah-hadiah pula terdiri daripada:

  • 1x pemenang mingguan hadiah utama: Jongkong Emas 4-Jejari KitKat® bernilai RM16,500 setiap satu.
  • 1x pemenang mingguan hadiah pertama: Jongkong Emas 2-Jejari KitKat® bernilai RM8,500 setiap satu.
  • 3x pemenang mingguan hadiah istimewa: RM888.
  • 88x pemenang mingguan hadiah mingguan: RM188.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd