Now Reading
Taco Bell Kini Di GrabFood!

Taco Bell Kini Di GrabFood!

Pelanggan juga boleh menikmati penghantaran percuma dengan menggunakan kod ‘TACOBELL’ bermula dari 7 November hingga 7 Disember 2022 menerusi aplikasi GrabFood.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Heads up, Taco lovers!

Jika sebelum ini, restoran makanan segera dari Amerika Syarikat (AS) – Taco Bell telahpun membuka rangkaian pertamanya di Malaysia iaitu di Cyberjaya pada bulan Mac 2021.

Setelah itu, muncul pula cawangan Taco Bell kedua di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Tambahan pula, Pengendali Francais Taco Bell Malaysia, Harris Beh berkata pembukaan pertama Taco Bell itu bakal menjadi penanda aras jenama itu di Malaysia.

Sumber:Ttacobell/Twitter

BACA SINI: Taco Bell Buka Cawangan Kedua Di Cheras. Team TRP Dah Pergi & Cuba!

Dan setakat hari ini menurut semakan pihak TRP, Taco Bell sudah memiliki sebanyak 16 cawangan di seluruh Malaysia iaitu di:

  1. City Junction, Pulau Pinang.
  2. Cyberjaya.
  3. Bandar Sri Permaisuri.
  4. Tropicana Gardens Mall.
  5. Setiawangsa.
  6. Wangsa Maju.
  7. Plaza Shah Alam.
  8. Sunway Pyramid.
  9. Puchong IOI Boulevard.
  10. USJ Taipan.
  11. TTDI.
  12. Nilai.
  13. AEON Bukit Tinggi.
  14. Setia City Mall.
  15. IOI Putrajaya.
  16. Bangsar.

Di Lembah Klang sahaja Taco Bell sudah memiliki 15 buah cawangan. Bravo!

Kalau anda masih belum mencuba mana-mana menu dari Taco Bell ini, kami sarankan untuk cuba beberapa menu ‘panas’ mereka, iaitu:

  • Loaded Nachos.
  • Bell Rice Bowl.
  • Taco Supreme (beef).
  • Crunchwrap Supreme.
  • Kickin’ Chicken Tacos.
Loaded Nachos.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Taco Bell Kini Boleh Mulai Dipesan Menerusi GrabFood!

Malas nak keluar rumah? Jangan bimbang!

Sebab Taco Bell kini sudah boleh dijumpai di aplikasi GrabFood! Order di rumah, makan di rumah sambil layan movie di Netflix. Best juga, kan?

Tapi sebelum itu, pelanggan hanya perlu menyemak sama ada kawasan anda ada atau tidak cawangan Taco Bell terdekat menerusi aplikasi GrabFood.

Taco Bell kini boleh didapati di 14 lokasi di Lembah Klang, dan baru-baru ini kami membuka cawangan ke-15 dan terbaharu kami di Pulau Pinang. Semasa kami terus membina kehadiran jenama yang kukuh di Malaysia, kami teruja untuk bekerjasama dengan GrabFood untuk menawarkan pelanggan kami lebih banyak pilihan penghantaran. Kami sentiasa mencari cara untuk menjadikan masakan yang diingini lebih mudah diakses oleh peminat Taco Bell dan yakin bahawa perkongsian dengan GrabFood ini bersedia untuk berjaya.

Harris Beh, Pengendali Francais Taco Bell Malaysia.

Pengalaman GrabFood anda akan menjadi semakin menarik dengan Taco Bell – pesan daripada Taco Bell pada aplikasi Grab dan terima penghantaran percuma dengan menggunakan kod ‘TACOBELL’ bermula dari 7 November hingga 7 Disember 2022.

Jadi, dah fikir belum nak order apa dari Taco Bell? Let’s TACO ’bout it! 😉

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd