Now Reading
Ini Cara Dapatkan Set Double Cheeseburger McDonald’s Dengan Harga RM10.95 Je!

Ini Cara Dapatkan Set Double Cheeseburger McDonald’s Dengan Harga RM10.95 Je!

McDonald’s ingin mencipta rekod ‘Burger Daging Terbanyak Dijual Dalam 24 Jam’ (The Most Beef Burgers Sold In 24 Hours), yang akan dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Records.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Double Cheeseburger McValue Set Meal dengan harga RM10.95 je?!

YES, YOU READ THAT RIGHT!

Untuk sehari sahaja, McDonald’s akan mengadakan promosi istimewa ini dalam usaha untuk mencipta rekod ‘Burger Daging Terbanyak Dijual Dalam 24 Jam’ (The Most Beef Burgers Sold In 24 Hours), yang akan dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Records.

(Kredit: McDonalds Malaysia / Facebook)

Rekod baharu ini juga dilakukan sempena pendedahan perubahan kepada burger daging lembu ikonik mereka.

McDonald’s telah membuat perubahan pada cara mereka memasak dan menyediakan burger daging menjadi lebih panas, berair dan lebih enak.

Jadi, jangan lupa untuk tetapkan alarm/reminder pada 15 Oktober (Sabtu) untuk mendapatkan Double Cheeseburger kegemaran jika anda ingin membantu McDonald’s mencipta rekod baharu mereka!

Double Cheeseburger boleh didapati dalam hidangan medium dengan set kentang goreng dan minuman.

(Kredit: McDonalds Malaysia / Facebook)

Promosi ini akan tersedia di semua cawangan di seluruh negara dan melalui semua saluran. Ini bermakna anda boleh mendapatkannya di kedai, pandu lalu, atau melalui servis penghantaran!

Harga asal untuk Double Cheeseburger Set ialah RM13.60.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd