Now Reading
Wanita Gemar Minum Bubble Tea Berbanding Air Kosong Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan 300 Batu Karang

Wanita Gemar Minum Bubble Tea Berbanding Air Kosong Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan 300 Batu Karang

Menerusi imbasan ultrasound, doktor di unit kecemasan telah mendapati buah pinggang di bahagian kanan wanita berkenaan bengkak dan mengandungi batu karang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap manusia pasti mempunyai makanan dan minuman kegemaran yang ingin dinikmati hampir setiap hari. Namun perkara ini tidak menjadi masalah jika hidangan itu merupakan pemakanan yang sihat seperti yang selalu disarankan oleh doktor.

Akan tetapi jika makanan atau minuman kegemaran itu merupakan hidangan yang kurang sihat dan tidak boleh diamalkan selalu ia pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Ini kerana pemakanan yang tidak sihat seperti kandungan garam atau gula yang tinggi boleh merosakkan organ dalaman seseorang individu.


Wanita Di Taiwan Terpaksa Jalani Pembedahan Keluarkan 300 Biji Batu Karang

Perkara sama berlaku kepada seorang wanita di Taiwan apabila doktor terpaksa menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan 300 biji batu karang di dalam buah pinggangnya. Perkara ini disebabkan wanita berusia 20 tahun itu amat gemar menikmati minuman ‘bubble tea’.

Wanita yang dikenali sebagai Xiao Yu telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Chi Mei di Bandar Tainan pada minggu lalu selepas mengalami demam dan sakit teruk di bahagian belakang badan, lapor hospital berkenaan pada 8 Disember.


Buah Pinggang Bengkak & Sel Darah Putih Tinggi

Menerusi imbasan ultrasound, doktor di unit kecemasan telah mendapati buah pinggang di bahagian kanan wanita berkenaan bengkak dan mengandungi batu karang.

Imbasan CT yang dilakukan menunjukkan batu karang tersebut bersaiz lima milimeter (mm) ke dua sentimeter (cm) dan hasil ujian darah menunjukkan sel darah putihnya tinggi.

Memetik laporan Straits Times, artikel tersebut menyatakan doktor telah memberikan wanita berkenaan ubat antibiotik untuk mengalirkan cecair dari buah pinggangnya sebelum pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan lebih daripada 300 batu karang yang dilihat seperti ‘roti kukus kecil’.

Walau bagaimanapun, keadaan pesakit itu dilaporkan stabil sebaik pembedahan dijalankan dan dia dibenarkan pulang selepas beberapa hari.


9.6% Penduduk Taiwan Alami Masalah Batu Karang

Pakar Urologi, Dr Lim Chye-Yang yang melakukan pembedahan tersebut memaklumkan sebanyak 9.6% penduduk di Taiwan mengalami masalah batu karang.

Malah lelaki mempunyai kemungkinan lebih tiga kali ganda untuk mengalami masalah itu berbanding wanita.

Jelasnya, pesakit kebiasaannya mengalami masalah batu karang sekitar usia 50 hingga 60 tahun.

Katanya, batu karang selalu berlaku ketika musim bunga dan panas disebabkan cuaca yang hangat di mana seseorang menjadi lebih dehidrasi.

Apabila air kencing menjadi lebih pekat, mineral bergabung hingga terbentuknya kristal kemudian menjadi batu.

Dalam artikel perubatan itu juga memaklumkan bahawa pesakit wanita berkenaan tidak suka minum air kosong (plain water) sebaliknya lebih memilih untuk minum ‘bubble tea’.

Memetik Must Share News, pakar ulorogi di Chi Mei Hospital menjelaskan terdapat beberapa faktor menyebabkan batu karang seperti:

  • Kurangnya pengambilan air kosong.
  • Faktor pemakanan.
  • Faktor genetik.
  • Metabolisme yang tak normal.
  • Penyakit kronik
  • Tahap PH air kencing tak normal.
  • Anatomi buah pinggang.

Namun sekitar tahun 2020, AFP ada melakukan semakan fakta (Fact Check) berhubung dakwaan minuman ‘bubble tea’ boleh menyebabkan batu karang (gallstones).

Di dalam laporan tersebut seorang pakar perubatan menafikan dakwaan yang bubble tea boleh menjadi punca secara langsung.

Menurut Dr Kenichi Miyata, yang juga pemilik asal pada video tular menjelaskan bahawa objek bulat yang terdapat pada video terbabit bukanlah boba tapioca (boba ubi kayu) malah adalah mustahil ianya menjadi punca terus kepada masalah itu.

“Malangnya segelintir orang telah menafsirkan bahawa saya terjumpa pundi hempedu yang penuh dengan boba tapioca. Jadi saya di sini mahu menjelaskan ia bukanlah situasinya dan ia tidak mungkin perkara itu berlaku.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd