Now Reading
LAC Malaysia Perkenal Mega Maca Untuk ‘Boost’ Tenaga & Kecergasan Tubuh Buat Kaum Adam

LAC Malaysia Perkenal Mega Maca Untuk ‘Boost’ Tenaga & Kecergasan Tubuh Buat Kaum Adam

Suplemen kesihatan ini mengandungi akar maca serta ramuan semula jadi lain seperti L-Arginine, Ginseng Siberia, Zink, ekstrak serbuk Biji Labu, dan Oat Hijau bagi membantu meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan keseluruhan.

lac malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Akar Maca iaitu sejenis tumbuhan herba tradisional Peru dari pergunungan Andes telah digunakan sejak berabad lamanya sebagai ramuan dalam masakan dan perubatan.

Terkenal dengan manfaatnya yang dapat meningkatkan tenaga dan kecergasan, ia sering digelar sebagai ginseng Peru walaupun ia tergolong dalam keluarga sawi, seperti sayur-sayuran lain iaitu brokoli dan kale.

Pada asalnya ia digunakan kerana kandungan iodin dan zat besi yang tinggi, Maca kini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti kapsul, ekstrak cecair dan serbuk.

Sumber: TRP

Suplemen semula jadi ini adalah terkenal dengan keupayaannya untuk memperbaiki ketidakseimbangan hormon, keletihan, kesihatan seksual, dan daya ingatan. Selain itu, Maca adalah sejenis herba adaptogenik boleh membantu badan menangani stres dan kemurungan.


Pakar Dari LAC Malaysia Kupas Manfaat ‘Maca’

Cynthia Jetan, pakar pemakanan bertauliah dari LAC Malaysia berkongsi tentang manfaat Maca yang mengagumkan dan bagaimana ia boleh memberi kesan positif kepada kehidupan iaitu:

#1. Lemah Tenaga Batin.

Menyentuh tentang libido, ia bukan rahsia lagi bahawa dorongan seks setiap individu adalah unik dan boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada faktor seperti stres, masalah dalam perhubungan, dan kelesuan. Bagaimanapun, libido rendah mungkin juga dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, seperti testosteron rendah.

Dalam hal ini, Maca, afrodisiak tradisional yang telah digunakan sejak beribu-ribu tahun lalu boleh membantu. Maca boleh meningkatkan libido anda secara semula jadi dengan merangsang dan mengimbangi penghasilan hormon melalui pelbagai komponen bioaktifnya, termasuk macamides yang dipercayai mempunyai kesan positif terhadap pengawalan hormon badan.

Namun begitu, Maca sahaja bukanlah penawar ajaib untuk libido yang rendah. Anda juga harus mengamalkan gaya hidup sihat, seperti mengurangkan pengambilan alkohol dan mendapat tidur mencukupi untuk kesan lebih ketara.

#2. Mendapatkan Zuriat Lebih Mudah.

Berdasarkan data terkini daripada Lembaga Penduduk Negara dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), hasil analisis ke atas sperma adalah membimbangkan dengan 60% daripada sperma yang diuji menunjukkan keputusan yang tidak normal.

Masalah kemandulan di kalangan lelaki harus diberi perhatian kerana punca utama ketidaksuburan lazimnya adalah kekurangan sperma berkualiti disebabkan ketidakseimbangan hormon.

Maca boleh meningkatkan kesuburan lelaki dengan mengimbangi hormon penting bagi penghasilan sperma yang sihat. Selain itu, Maca turut mengandungi komponen penting yang dipanggil glukosinolat berperanan mengawal aktiviti antioksidan bagi meningkatkan kualiti sperma.

Dengan manfaat mujarab, Maca adalah satu cara semula jadi berkesan untuk meningkatkan kesuburan lelaki.

#3. Kurangkan Masalah Mati Pucuk (Erectile Dysfunction).

Mengalami kesukaran mendapatkan ereksi adalah sesuatu yang mengecewakan dan boleh menjadi satu perkara yang memalukan bagi mana-mana lelaki, dan malangnya, ia adalah satu masalah yang semakin meningkat.

Satu kajian di tahun 2019 telah menunjukkan bahawa hampir semua lelaki di Malaysia mengalami masalah mati pucuk pada tahap tertentu. Walaupun Maca bukan penawar untuk ED, ia boleh memberikan sedikit kelegaan bagi mereka yang mempunyai gejala ringan.

Maca boleh merangsang tindakan antioksidan yang mengawal radikal bebas, meningkatkan pengaliran darah dan berpotensi mengurangkan gejala ED. Dengan pengambilan maca dalam rutin anda, anda bukan sahaja dapat meningkatkan fungsi ereksi malah memperolehi manfaat kesihatan pada keseluruhannya.

#4. Bantu Kawal Emosi.

Maca adalah sejenis makanan yang digelar ‘superfood’ yang memberikan manfaat luar biasa untuk kesihatan seksual lelaki, tetapi tahukah anda ia juga boleh membantu anda melawan stres dan keletihan?

Maca merupakan sejenis adaptogen yang boleh menghalang peningkatan kortisol (hormon yang dihasilkan akibat stres) dan membantu mengawal emosi anda secara semula jadi.

Bukan seperti kafein, Maca tidak mengandungi sebarang bahan perangsang, tetapi ia kaya dengan flavonoid yang meningkatkan pengaliran darah ke otak. Ini mengurangkan risiko gejala kemurungan dan menyokong kesihatan mental secara keseluruhan.

Dengan membangkitkan ‘mood’ anda, Maca juga boleh meningkatkan libido dan kesuburan anda. Ia adalah cara semula jadi dan berkesan untuk meningkatkan tenaga, mengurangkan tekanan, dan mengekalkan kesejahteraan tubuh pada keseluruhannya.

Menggabungkan maca ke dalam rutin harian boleh membawa kepada peningkatan ketara dalam kesihatan mental dan seksual, menjadikannya makanan tambahan yang bernilai tinggi di dalam pemakanan kaum lelaki.

#5. Tingkatkan Tahap Tenaga.

Sumber: TRP

Pernahkan anda merasa lesu tidak bertenaga walaupun selepas mendapat tidur yang cukup? Warga Peru telah menggunakan Maca sejak zaman dahulu untuk melawan keletihan dan meningkatkan tenaga.

Walaupun penyelidikan saintifik bagi menjelaskan bagaimana Maca meningkatkan tenaga masih terhad, adalah dipercayai bahawa Maca kaya dengan vitamin, antioksidan, dan nutrien seperti protein, karbohidrat dan serat bertindak secara bersama untuk meningkatkan tenaga dan kekuatan secara semula jadi.

Oleh itu, ia adalah pilihan yang bagus untuk lelaki yang gemar ke gimnasium dan menyertai aktiviti kecergasan.


Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Maca?

Pemilihan Maca yang sesuai untuk diri anda mungkin mengelirukan kerana terdapat pelbagai jenis Maca di pasaran. Menurut Cynthia, Maca lazimnya boleh didapati dalam 3 bentuk iaitu:

  • herba lengkap.
  • herba piawai (standardised).
  • formula herba.

Setiap jenis menpunyai kelebihan tersendiri. Oleh itu, pemahaman lebih lanjut adalah penting sebelum membuat sebarang pilihan.

Sumber: TRP

Herba lengkap adalah bentuk herba paling semula jadi yang lazimnya dikeringkan dan dijadikan serbuk. Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul atau serbuk. Sebagai herba lengkap, ia mengandungi semua mineral dan nutrien yang memberikan ciri-ciri unik kepada Maca.

Perlu diingatkan bahawa herba lengkap secara semula jadi mempunyai kandungan komponen nutrien yang berbeza-beza. Walaupun ia biasanya tidak diseragamkan, kepelbagaian ini sebenarnya boleh menjadi kelebihan kerana setiap komponen memberikan manfaat yang berbeza untuk badan anda.

Namun begitu, faktor persekitaran dan kaedah pemprosesan boleh mempengaruhi kualiti produk yang dihasilkan. Oleh itu, anda harus teliti dalam memilih untuk memastikan anda mendapat produk yang mujarab untuk kesihatan optimum.

Berbanding dengan herba lengkap, herba piawai (standardised) tidak mengandungi kesemua nutrien namun memberikan kandungan bahan aktif yang lebih seragam dan terjamin.

Potensinya juga mungkin tidak setinggi herba lengkap kerana penyingkiran sesetengah komponen herba ketika proses penyeragaman. Walau bagaimanapun, herba piawai adalah pilihan bagi mereka yang memerlukan kandungan bahan aktif yang lebih seragam untuk mengekalkan atau merawat keadaan kesihatan tertentu.

Formula herba lazimnya terdiri daripada campuran beberapa ramuan herba untuk memberikan manfaat lebih menyeluruh. Tambahan pula, gabungan herba yang digunakan boleh berfungsi untuk menambah baik formula dan menyeimbangi khasiat atau kesan herba tersebut.

Oleh itu, jika anda sedang mencari produk untuk mengekalkan kesihatan umum, formula herba adalah pilihan yang bagus, cuma pastikan anda mengikut dos yang disyorkan untuk keberkesanan optimum.

Cynthia juga menekankan kepentingan untuk memantau tanda-tanda perubahan hormon pada diri anda kerana seiring dengan peningkatan usia, ketidakseimbangan hormon kadangkala boleh menjadi batu penghalang kepada kesihatan keseluruhan.

Klik link ini untuk mencuba LAC’s Men’s Mega Maca ini dan mengetahui kesannya pada tubuh badan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd