Now Reading
Jom Pergi BFI Market Di Rumah Tangsi Hujung Minggu Ini (29 & 30 Januari)

Jom Pergi BFI Market Di Rumah Tangsi Hujung Minggu Ini (29 & 30 Januari)

BFI Market anjuran organisasi Buy For Impact dilakukan untuk mewujudkan impak pembelian yang positif dalam komuniti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba hujung minggu, mesti ramai yang dah terfikir nak berjalan sana sini. Tapi, takkan asyik pergi mall je kan? Bosan pula.

Mungkin ada yang sudah merancang untuk pergi piknik dengan kawan-kawan atau ke taman tema air.

BACA JUGA: 4 Taman Tema Air Di Selangor Ini Memang Lejen. Jom Bawa Keluarga!

Untuk anda yang tak ada plan lagi hujung minggu ini, kami ada cadangan untuk anda.

Jom pergi BFI Market di Rumah Tangsi KL!

Apa itu BFI?

BFI yang merupakan singkatan kepada Buy For Impact adalah satu pergerakan di bawah Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia yang menyokong Perusahaan Sosial Malaysia.

Organisasi ini bercita-cita untuk mewujudkan pembelian dalam masyarakat Malaysia yang memberi impak positif kepada komuniti.

Kredit: Facebook Buy For Impact by Magic

Apa yang menarik di BFI Market?

BFI Market yang bakal diadakan Sabtu dan Ahad ini iaitu pada 29 dan 30 Januari di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur akan dipenuhi dengan pelbagai peniaga kecil tempatan.

Untuk pengetahuan anda, setiap keuntungan daripada para peniaga di BFI Market ini akan disalurkan kepada golongan B40, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pelarian dan sebagainya.

Kredit: Instagram @buyforimpact
Kredit: Instagram @buyforimpact

Selain boleh membeli pelbagai produk lokal, anda juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan secara live oleh penggiat seni tempatan.

Kredit: Instagram @buyforimpact

Jap, ada lagi! Kalau anda jenis yang suka mempelajari kemahiran baharu, apa kata anda sertai beberapa bengkel yang dianjurkan.

Bengkel tersebut mengenakan caj pembayaran seperti berikut:

  • Turtles of Malaysia & Batik Painting Workshop (RM30)
  • Coffee 101 Workshop (RM70)
  • DIY Candle with Used Cooking Oil Workshop (RM49)
  • Batik Painting Workshop With Batik Boutique (RM59)
  • Storytelling for Impact Workshop (RM120)
  • Natural Indigo Tie-Dye Workshop (RM100)
  • Intermediate Macrame Tote Bag Workshop (RM150)
  • Videomaking 101 Workshop (RM120)

Untuk anda yang berminat, boleh mendaftar dan membuat pembayaran di laman web mereka.

Kredit: Instagram @buyforimpact

Jom ajak kawan-kawan atau ahli keluarga pergi hujung minggu ni! Masuk adalah percuma tetapi anda perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web mereka.

Untuk anda yang merancang untuk ke sana, cari bangunan berwarna kuning ini okay?

Rumah Tangsi Kuala Lumpur. (Kredit: Skyscraper City)

Dan, jangan lupa patuhi SOP dan amalkan penjarakan sosial. Have fun!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd