Now Reading
Melly Goeslaw Umum Konsert Tema ‘Malam Graduasi’ 1 Jun Ini Di Axiata Arena

Melly Goeslaw Umum Konsert Tema ‘Malam Graduasi’ 1 Jun Ini Di Axiata Arena

Pembeli tiket konsert ‘Ada Apa Dengan Melly & Friends’ akan menerima topi graduasi secara PERCUMA. Topi graduasi ini akan diserahkan kepada anda pada 1 Jun 2024 sebelum memasuki Axiata Arena.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika sebelum ini, Melly Goeslaw telah berjaya memukau 3,000 peminat setianya menerusi konsert tema ‘Back To School’ Live In Kuala Lumpur di Plenary Hall, KLCC pada Februari tahun lalu.

Ketika konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ berlangsung, penyanyi hebat ini telah mendendangkan 27 lagu hit antaranya Ku Bahagia, Ada Apa Dengan Cinta, Jika, Gantung, Tak Tahan Lagi, Tentang Seseorang, dan banyak lagi.

Lebih menarik perhatian, para peminat dilihat hadir dengan persalinan sekolah termasuklah tetamu VIP seperti Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga beberapa rakan artis lain iaitu Izara Aishah, Fazura, Fattah Amin, Mimi Lana, Syafiq Kyle, dan Puteri Aishah.

Sumber: Google

Bukan setakat artis tempatan, rakan-rakan artis dari negara jiran, Indonesia turut dilihat membuat kemunculan seperti Rossa, Mayang Seri, Yuni Shara, dan Raffi Ahmad yang dilihat hadir dan menggayakan persalinan persekolahan.

Cute. OK.


Melly Goeslaw Kembali Untuk Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly & Friends’, Perkenal Tema ‘Malam Graduasi’

Selepas berjaya memukau peminat di konsertnya tahun lalu, Melly Goeslaw kembali dengan tema relevan selepas tema ‘Back To School’ yang diperkenalkan sebelum ini.

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly & Friends’ ini bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Jun depan.

Sumber: Budiey

Kenapa tema graduasi?

Memetik Astro Awani, Melly Goeslaw menjelaskan bahawa pemilihan konsep malam graduasi ini merupakan peluang buat para peminatnya mengimbau kembali momen setelah tamat zaman persekolahan.

“Saya selalu bilang ke Iman (Iman Tang) bahawa kalau mahu bikin konsert saya, konsepnya harus bagus. Yang relate sama konsep sebelumnya, ya graduation ini.

“Saya senang menerimanya, ini akan menjadi spektakular, akan jadi sesuatu yang heboh kerana kerana malam graduation ini malam lepas sekolah, malam kelulusan pasti semuanya lepas, kegembiraan juga lepas, pasti seru bangat,” jelas Melly.

Bercakap tentang pilihan lagu-lagu yang bakal didendangkan pula, Melly bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tetapi ada memberi petanda bahawa dia akan menjemput lebih tiga artis undangan untuk berkolaborasi dengannya ketika konsert tersebut.

Tambah Melly lagi, konsert kali ini adalah berskala lebih besar dari sebelumnya dan penuh dengan elemen kejutan serta kepelbagaian dalam persembahan, serta memberikan peluang untuk para penonton menikmati gabungan suara dengan bakat berbeza.


Harga Tiket Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly & Friends’: Malam Graduasi

  • Sejarah: RM228
  • Pendidikan Jasmani: RM288
  • Sains: RM328
  • Sastera: RM428
  • Matematik: RM588

Untuk info: Anda akan menerima topi graduasi secara PERCUMA dengan pembelian tiket konsert. Topi graduasi ini akan diserahkan kepada anda pada 1 Jun 2024 sebelum memasuki Axiata Arena.

[ADA APA DENGAN MELLY: MALAM GRADUASI]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd