172 Days: Sebuah Filem Cinta Islamik, Beri Kesedaran Tentang Kematian [Review]
Kalau nak menangis berjemaah, boleh bawa ramai sikit kawan untuk tonton filem 172 Days ini di pawagam terdekat. Sedih, OK.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
9/10! Ya, itu adalah rating yang kami berikan selepas menonton filem 172 Days.
Sedih, gembira, ketawa, semuanya dalam satu. Dan yang paling penting sekali, untuk kaum wanita sebelum anda berniat untuk menonton filem 172 Days ini, tolong bawa tisu dan pakai maskara jenis waterproof (kalau tak nak keluar dari panggung wayang dengan muka bak zombie).
Filem ini telah diadaptasikan daripada novel tulisan Nadzira Sharfa. Ia adalah sebuah kisah benar yang diibaratkan seperti catatan diari. Untuk info, nombor 172 itu sebenarnya merupakan tarikh tamat tempoh perkahwinan pasangan suami isteri di dalam filem ini iaitu antara Nadzira serta arwah suaminya, Ameer Azzikra.
Sinematografi Yang Memuaskan Hati
Bercakap tentang persembahan visual filem 172 Days ini, penulis begitu berpuas hati dengan sinematografi yang tercipta indah buat para penonton. Bab warna pula boleh dilihat bahawa kru filem ini berjaya memberikan ‘mood’ yang sesuai untuk setiap babak dan adegan.
Lebih-lebih lagi babak terakhir yang membuatkan sesiapa sahaja mengalirkan air mata begitu deras tak kiralah kaum lelaki mahupun wanita.
Banyak Mesej Keagamaan Yang Dapat Diambil Sebagai Pedoman
Skrip yang ditulis sememangnya memberikan banyak ilmu dan pengajaran boleh diambil serta dipraktik oleh penonton beragama Islam di luar sana di mana mereka turut menyelitkan beberapa perkara wajib yang disebutkan dalam al-Quran.
Bagi penulis, ia tidaklah terlalu kompleks dan begitu mudah untuk difahami oleh penonton. Orang putih kata, ‘the right amount’ dan tidak terlampau serius dalam berdakwah kerana ada juga diselitkan dengan jenaka-jenaka yang ‘light’ dan beberapa watak yang menghiburkan hati.
Untuk suami isteri yang baru memasuki alam perkahwinan pula, ini adalah salah satu filem yang akan membuatkan anda mengetahui bagaimana sebenarnya kehidupan berpasangan.
Ada naik turunnya dan bukanlah yang indah-indah sahaja.
Dan babak yang paling padu bagi penulis adalah apabila Zira mengatakan bahawa suaminya adalah pinjaman daripada Tuhan sahaja, bukanlah sepenuhnya milik dia. Makanya, dia lebih reda dengan apa yang terjadi mengikut keizinan daripada Yang Maha Berkuasa.
Ending
Apa yang mengecewakan adalah ‘ending’ filem ini di mana ia berlaku terlalu cepat dan tiba-tiba. Penulis merasakan bahawa pengakhiran filem ini boleh menjadi lebih padu jika ada babak-babak tertentu yang diselitkan sebelum berakhir.
P.S: Masa saya keluar dari panggung wayang setelah selesai menonton filem ini, ramai juga yang berbunyi, “Lah, macam itu je ending dia?”.
We’re not the only one. 😀
Tapi apa pun, filem 172 Days ini berjaya mengalirkan air mata hampir 80% penonton di panggung wayang pada hari pertama dikeluarkan di Malaysia iaitu 21 Januari 2024 (Ahad lalu).
Syabas buat kru yang terlibat dalam menghasilkan filem 172 Days ini!
Korang please tengok #172Days & please pakai makeup waterproof / bawak gam bulu mata!! pic.twitter.com/GRanfeTgDM
— Tatty H. (@tattyhassan) January 23, 2024
Sinopsis Ringkas 172 Days
Buat anda yang masih belum berkesempatan untuk menonton filem 172 Days ini, filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nadzira Shafa yang dilakonkan oleh Yasmin Napper di mana dia dibesarkan dalam suasana keagamaan.

Namun, oleh disebabkan satu tragedi yang pernah berlaku di sekolahnya, Nadzira atau dikenali sebagai Zira, telah meninggalkan persekitaran keagamaan tersebut dan menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘rebel’.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila Zira mulai bergaul dengan rakan sebayanya iaitu Niki (Amara Sophie) yang sering mengajaknya berparti, minum arak, dan mengambil dadah.
Pendek kata, bad influence.
Penghijrahan Zira
Walau bagaimanapun, Zira pada suatu hari mengambil keputusan untuk berhijrah bagi menjalani kehidupan yang jauh lebih baik daripada sebelumnya setelah berlaku satu insiden tidak diingini kepada dirinya.

Dan semasa proses berhijrah, Zira mulai mempelajari ilmu agama dan sering mengambil bahagian dalam pengajian agama. Sehinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan seorang ulama terkenal iaitu Ameer Azzikra (Bryan Domani).
Perubahan drastik Zira menarik perhatian Ameer. Ameer yang merupakan anak kepada ulama dan pendakwah terkenal di Indonesia iaitu Ustaz Arifin Ilham rupa-rupanya sudah mengenali Zira sebelum ini.
Taa’ruf & Berkahwin
Masa berlalu, Ameer mula mendekati Zira sehinggalah dia mengajak Zira ta’aruf dan berkahwin. Zira menerima pelawaan Ameer dan mereka memutuskan untuk berkahwin.

Kehidupan perkahwinan Zira dan Ameer sangat bahagia. Mereka amat mencintai dan saling menyokong antara satu sama lain. Ameer pula dilihat sentiasa membimbing Zira untuk menjadi seorang muslimah yang baik.
Tetapi kebahagiaan itu tidak bertahan lama. Ameer diketahui menghidap penyakit kritikal dan mesti menjalani rawatan intensif di hospital. Zira sebagai isteri yang setia menemani Ameer pada saat itu.
Kalau nak tahu lebih, boleh tonton sendiri, OK.
Sekian, review ikhlas dari TRP.
Tak sia-sia kita standby tisu😝 Jom fefeeling dengan 172 Days di pawagam! Tayangan awal 19-21 Jan okay, kalau lokasi korang tak ada untuk tayangan awal, nantikan di pawagam 25 Januari ini🥰#GSCMovies #172Days #IkhlasTapiRindu #StandbyTisu #AmerAzzikra #NadziraShafa pic.twitter.com/jt2laRwY9D
— GSC (@GSCinemas) January 18, 2024
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.