Now Reading
Kumpulan Band Indonesia d’Masiv Bakal Adakan ‘Malam Galau’ Di Malaysia Pada 4 Februari 2024

Kumpulan Band Indonesia d’Masiv Bakal Adakan ‘Malam Galau’ Di Malaysia Pada 4 Februari 2024

d’Masiv: Cinta Sampai Di Kuala Lumpur bakal diadakan di MEGA STAR ARENA, Kuala Lumpur pada 4 Februari 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


“Kau hancurkan aku dengan sikapmu, tak sadarkah kau telah menyakitiku?”

Aduh, galau sungguh lirik lagu Cinta Ini Membunuhku nyanyian band terkenal di Indonesia, d’Masiv. Dan buat anda yang begitu meminati band ini, ini peluang anda untuk merasai sendiri malam galau bersama d’Masiv!


d’Masiv Bakal Gegarkan KL!

Ya, kumpulan terkenal ini bakal mengadakan konsert diberi nama d’Masiv: Cinta Sampai Di Kuala Lumpur yang dijadualkan bakal berlangsung pada 4 Februari 2024 pada jam 6 hingga 10:30 malam bertempat di MEGA STAR ARENA, Kuala Lumpur.

“Cinta Sampai Di Kuala Lumpur membawakan anda konsert mengasyikkan bersama kumpulan terkenal Indonesia, D’Masiv – secara langsung di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bersedia untuk pengalaman malam yang tidak dilupakan penuh dengan melodi mendalam dan irama memukau.

“D’Masiv akan mengambil pentas, memukau penonton dengan hit-hit puncak carta dan klasik yang kekal dalam ingatan. Perjalanan muzikal ini berjanji untuk merentasi sempadan, menyatukan peminat dalam perayaan cinta, semangat, dan muzik di atmosfer bertenaga tinggi Kuala Lumpur,” ujar iFix Entertainment selaku pengajur konsert berkenaan.


Harga Tiket Bermula Pada RM139

iFix Entertainment juga telah mendedahkan harga tiket yang bakal dijual mengikut kategori iaitu:

  • CAT 1: Cinta Ini Membunuhku (RM159)
  • CAT 2: Merindukanmu (RM199)
  • CAT 3: Pergilah Kasih (RM139)
Sumber: TAPAUtix

Mengulas lanjut, iFix Entertainment dalam masa yang sama telahpun menyediakan waktu ‘rundown’ untuk persembahan tersebut supaya para peminat tidak terlepas untuk menyaksikan band Indonesia kegemaran mereka ini beraksi.

  • 6pm: Pintu dibuka
  • 8pm: Persembahan ‘Opening Act’
  • 8:30pm: Konsert d’Masiv bermula
  • 10:30pm: Konsert berakhir

[d’Masiv: Cinta Sampai Di Kuala Lumpur]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd