Now Reading
Kakak Neelofa Umum Sah Bakal Bercerai Dengan Engku Emran

Kakak Neelofa Umum Sah Bakal Bercerai Dengan Engku Emran

Noor Nabila menjelaskan rumah tangga mereka mula retak sejak Engku Emran menyatakan hasratnya untuk bercerai selepas keluar dari rumahnya sejak awal Januari lalu.

noor nabila engku emran bakal bercerai (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, dunia hiburan tempatan dikecohkan dengan isu rumah tangga melibatkan kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila bersama Engku Emran yang dikatakan tidak berada dalam keadaan baik.

Malah, media di Indonesia pada Ogos tahun lalu juga telah mengeluarkan ura-ura mengatakan pasangan tersebut telah bercerai.

Khabar angin itu telah disebarkan selepas melihat Nabila telah memadam gambar bersama Emran di laman media sosial.

Artikel Berkaitan: Buang Foto Bersama, Media Indonesia Buat Laporan Dakwa Noor Nabila & Engku Emran Sudah Bercerai

Namun, video yang dimuat naik menunjukkan gelagat anak lelaki kepada Nabila dikenali sebagai Jebat telah meredakan spekulasi orang ramai selepas melihat susuk tubuh dipercayai Emran yang menjadi imam solat.

Artikel Berkaitan: Engku Emran & Noor Nabila Masih Sebumbung, Video Jebat Jawab Persoalan Orang Ramai [Video]


Engku Emran Dan Noor Nabila Sah Bakal Bercerai

Memetik laporan Harian Metro, Nabila memaklumkan dia dan suaminya Engku Emran akan bercerai dalam waktu terdekat.

Nabila menjelaskan rumah tangga mereka telahpun mulai retak sejak Emran menyatakan hasratnya untuk bercerai selepas keluar dari rumah sejak awal Januari lalu.

Sumber: Harian Metro

Hasrat untuk menamatkan hubungan sebagai suami isteri itu walau bagaimanapun diterima dengan baik oleh kedua-dua pihak dengan hati yang terbuka.

Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.

Noor Nabila.

Buat masa ini, Nabila dan Emran sedang berada dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat.


Bekas-Bekas Isteri Kepada Engku Emran

Rumah tangga yang dibina oleh Emran bersama Nabila pada 19 Mac 2021 merupakan perkahwinan ketiga buat Engku Emran.

Artikel Berkaitan: Engku Emran & Noor Nabila Selamat Bergelar Suami Isteri

Sumber: Harian Metro

Sebelum ini Emran telah mendirikan rumah tangga dengan beberapa selebriti terkini termasuklah pelakon Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.

Walau bagaimanapun, hubungan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 18 Februari 2014.

Kemudian, Engku Emran telah berkawin pula dengan pelakon popular Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella pada September 2017 dan sekali lagi bercerai pada tahun 2020 tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Harian Metro | Murai MY | Gempak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd