Now Reading
Fourtwnty Datang Malaysia Lagi, Anjur Konsert Oktober Ini Di 4 Negeri Berbeza

Fourtwnty Datang Malaysia Lagi, Anjur Konsert Oktober Ini Di 4 Negeri Berbeza

Antara negeri yang menjadi lokasi konsert siri jelajah ‘Fourtwnty Nalar Tour’ di Malaysia adalah Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur.

fourtwnty konsert di malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kumpulan penyanyi dari negara Indonesia dikenali sebagai Fourtwnty sekali lagi mengumumkan berita gembira kepada para peminat mereka di Malaysia.

Fourtwnty akan menghiburkan rakyat Malaysia dengan mempersembahkan lagu-lagu nukilan mereka bersempena dengan siri jelajah ‘Fourtwnty Nalar Tour’.

Lebih istimewa lagi, konsert siri jelajah itu bakal berlangsung di beberapa buah negeri berbeza sekitar negara ini.


Fourtwnty Anjur Konsert Jelajah Di 4 Buah Negeri Sekitar Malaysia

Kumpulan penyanyi yang membawa genre ‘pop folk’ itu buat pertama kalinya membuat siri jelajah di beberapa negeri di Malaysia termasuklah Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Jelajah itu dilakukan untuk mempromosikan album terbaharu mereka iaitu ‘Nalar’ yang menjadi album ketiga buat kumpulan Fourtwnty.

Album yang memuatkan 10 buah lagi itu mengetengahkan mesej bertemakan penderitaan seseorang sehingga menyebabkan persoalan tentang kesihatan mental.

Antara lokasi yang dipilih oleh Fourtwnty untuk mempersembahkan konsert mereka sekitar Malaysia adalah:

  • Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang (13 Oktober).
  • Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru (15 Oktober).
  • Vervea Trade And Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang (20 Oktober).
  • Zepp Kuala Lumpur (22 Oktober).

Harga Tiket Konsert ‘Fourtwnty Nalar Tour’

Kepada peminat yang mahu mendapatkan tiket ke konsert Fourtwnty ini, berikut kami kongsikan harga tiket mengikut lokasi di negeri berbeza.

Untuk konsert di Pahang, Pulau Pinang dan Johor
  • Platinum (RM155)
  • Platinum + Meet & Greet (RM455)
  • Diamond (RM205)
  • Diamond + Meet & Greet (RM505)
Untuk konsert di Kuala Lumpur
  • Platinum (RM155)
  • Diamond (RM230)
  • VIP 1-8 + Meet & Greet (RM505)

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mereka yang berminat untuk mendapatkan tiket, boleh klik [DI SINI].

fourtwnty konsert di malaysia
Sumber: Grid.ID

Bila Kali Terakhir Fourtwnty Buat Konsert Di Malaysia?

Kali terakhir Fourtwnty melakukan konsert mereka di Malaysia adalah di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Oktober 2022 lalu.

Konsert jelajah ‘Heliotropisme’ tersebut dilakukan dengan membawa konsep filosofi bunga matahari yang dicipta beberapa tahun lalu.

Antara lagu-lagu popular yang membuatkan mereka Fourtwnty dikenali ramai adalah seperti Aku Tenang, Fana Merah Jambu dan Hitam Putih.

Sumber: Instagram @fourtwnty


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd