Now Reading
Commune Lifestyle Tampil Dengan Majlis Buka Puasa & Jualan Raya Tahunan

Commune Lifestyle Tampil Dengan Majlis Buka Puasa & Jualan Raya Tahunan

Diasaskan atas prinsip komuniti, Commune memupuk ekspresi peribadi dan rasa kepunyaan, berkembang sebagai kuasa dinamik dalam seni pembuatan dan reka bentuk perabot kontemporari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Commune Lifestyle, lambang kemewahan untuk kelengkapan rumah kini memperkenalkan penawaran terbaharunya, “Buka Puasa bersama Commune”, sempena menyambut ketibaan Ramadan.

Mulai 14 Mac hingga 10 April 2024, Commune menjemput para tetamu untuk menikmati pengalaman kulinari unik. bertempat di kawasan ruang pameran flagshipnya yang serba mewah di 69 Jalan Maarof, Bangsar Kuala Lumpur.


Commune Lifestyle

Untuk pengetahuan umum, Commune Lifestyle muncul sebagai sebuah jenama berwawasan didorong oleh semangat pengasasnya terhadap seni penceritaan menerusi perabot.

Commine, 69 Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.

Dengan komitmen terhadap kemampanan, Commune menghasilkan karya-karya yang menekankan naratif dan keaslian abadi.

Diasaskan atas prinsip komuniti, Commune memupuk ekspresi peribadi dan rasa kepunyaan, berkembang sebagai kuasa dinamik dalam seni pembuatan dan reka bentuk perabot kontemporari, di mana setiap karya yang dihasilkan menceritakan suatu kisah unik.

Berpegang kepada etos ini, Commune menjemput para tetamu untuk merasai semangat komuniti dan keenakan kulinari menerusi kempen terbaharunya.


Trak Makanan Bakal Ditempatkan Di Premis Commune Pada Hari Tertentu

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, trak makanan Nacho Average Taco yang terkenal akan ditempatkan di premis Commune pada setiap Khamis, Jumaat, dan Sabtu dari 4PM hingga 9PM bagi menambahkan lagi keriangan kepada pengalaman berbuka puasa di situ.

(Not your average taco = Nacho Average Taco). 😀

Nacho Average Taco.

Sementara itu, XO Ice, jenama gelato rendah kalori buatan Itali juga akan turut serta menawarkan hidangan gelato enak dengan tekstur premium.

XO Ice.
XO Ice.

XO Ice mengutamakan usaha memberi kebebasan kepada pelanggan untuk menikmati hidangan gelato sihat, terutamanya pada bulan Ramadan.


Jualan Raya Tahunan Commune

Menerusi acara menjamu selera ini, Commune dalam masa yang sama turut mengumumkan Jualan Raya tahunan bermula dari 1 Mac hingga 14 April 2024.

Para tetamu dijemput melihat sendiri pelbagai kelengkapan dan aksesori rumah serba mewah dengan diskaun istimewa sebanyak 20% untuk perabot dan aksesori rumah.

Commune.
Commune.

Koleksi ikonik Commune adalah termasuk koleksi SIENA dan TIERRA – direka dengan penuh teliti bagi meningkatkan lagi seri dan suasana mana-mana kediaman.

Kami gembira kerana dapat memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti pada waktu yang sangat istimewa ini. Dengan kempen Buka Puasa, kami menawarkan peluang unik kepada para tetamu untuk berbuka puasa bersama-sama. Digabungkan dengan Jualan Raya tahunan, kami menyasarkan untuk mencipta suatu pengalaman istimewa di mana para tetamu boleh menikmati hidangan enak dan kemudiannya membeli-belah perabot dengan mudah sambil menikmati tawaran eksklusif yang disediakan.

Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Pemasaran Commune Lifestyle Gan Shee Wen.

[COMMUNE]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd