Now Reading
Jenama Aromaterapi Eartheories Dinobat Sebagai ‘2023 Best Pure Essential Oils’

Jenama Aromaterapi Eartheories Dinobat Sebagai ‘2023 Best Pure Essential Oils’

Anda boleh mendapatkan produk Eartheories di Publika, Gurney Walk @ Ascott Penang, dan juga JBCC.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, jenama aromaterapi tempatan, Eartheories telah dinobatkan sebagai ‘2023 Best Aromatherapy for Health and Wellness Products’ oleh Beauty Insider, Finalis 2023 untuk ‘Best New Skin Care Brand of the Year’ oleh Luxury Deluxe Awards, dan ‘2023 Best Pure Essential Oils’ di Natural Health Reader Awards.

Produk Eartheories.

Eartheories

Sejak tahun 2020, Eartheories telah menjalani proses rapi bagi memastikan setiap produk dihasilkan secara teliti dengan bahan-bahan berkualiti dari sumber tempatan.

Dengan menampilkan aroma Malaysia unik dan asli seperti minyak pati grapefruit lemongrass dan kaffir lime, Eartheories dalam masa yang sama berjaya mencuri perhatian dalam kalangan jenama antarabangsa.

Malah, ia turut menyumbang kembali kepada komuniti petani tempatan.

Produk Eartheories.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Eartheories Fadz Subari, Eartheories berusaha mengekalkan asal usul jenama mereka dengan menggunakan tanaman tempatan dalam setiap produk mereka.

“Usaha ini sinonim dengan permulaan mereka dari sebuah taman kecil peribadi milik pengasas Eartheories. Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber yang berkualiti dan kami ingin membudayakan ekosistem ‘agri-sanal’ (agriculture dan artisanal).

Produk Eartheories.

“Ekosistem ini akan memastikan setiap produk artisanal Eartheories hasil petani tempatan menyumbang semula kepada industri dan komuniti pertanian lokal secara positif dan mampan,” jelas Fadz.


Misi Eartheories

Menurut pihak Eartheories, rakyat Malaysia kini semakin peka tentang produk kesihatan dan organik. Justeru, jenama-jenama perlu mengeluarkan produk aromaterapi bukan sahaja bermutu tinggi, malah dikawal selia dan selamat digunakan, khususnya produk yang digunakan secara langsung pada kulit.

Misi Eartheories bukan hanya untuk mematuhi amalan dan peraturan standard, tetapi juga mendukung inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) terbaik.

Produk Eartheories.

Sebahagian besar inisiatif Eartheories bergantung pada ladang tempatan mereka yang disokong oleh kerjasama strategik dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Pertanian Malaysia.

Selain itu, Pusat Penyelidikan Produk dan Ubat Semula Jadi (CENAR) Universiti Malaya turut menyumbangkan kemudahan mereka menyokong pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Eartheories untuk merumus dan menginovasi produk mereka.

[EARTHEORIES]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd