Now Reading
Malaysia Airlines Lancar Airport Transfer Mewah Dengan BMW i7

Malaysia Airlines Lancar Airport Transfer Mewah Dengan BMW i7

Sebagai fasa permulaan, barisan kenderaan BMW i7 akan mengambil penumpang yang akan berlepas di Pintu G1 Bangunan Terminal Utama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia Airlines pada 24 Januari lalu telah mengumumkan akan memperkenalkan perkhidmatan pemindahan terminal yang berciri peribadi lagi eksklusif bagi memudahkan perjalanan para penumpang dengan keselesaan bertaraf premium antara Bangunan Terminal Utama dan Bangunan Satelit di KLIA Terminal 1, dengan kolaborasi bersama BMW Group Malaysia menerusi rakan wakil pengedarnya, Ingress Auto Sdn. Bhd.

Mulai 1 Februari 2024, para penumpang Enrich Platinum, Business Suite, dan Business Class yang terbang bersama Malaysia Airlines akan dapat menikmati pengalaman kemewahan bertaraf tinggi dengan khidmat pemindahan menerusi jentera elektrik tulen BMW i7.

Perkhidmatan yang beroperasi 24 jam ini menawarkan satu pilihan lebih lestari dan premium buat para penumpang Malaysia Airlines, di samping khidmat pemindahan Bas Premium disediakan oleh operator lapangan terbang ini susulan penggantungan sementara sistem aerotrain.


BMW i7 – Perkhidmatan Bertaraf Premium & Peribadi

Semasa fasa permulaan ini, barisan kenderaan BMW i7 akan mengambil penumpang yang akan berlepas di Pintu G1 Bangunan Terminal Utama.

Para penumpang berpeluang untuk menikmati sebuah perkhidmatan bertaraf premium dan peribadi, bermakna mereka juga tidak perlu berkongsi kenderaan dengan penumpang lain.

Namun pada masa akan datang, syarikat penerbangan ini juga akan mengerahkan beberapa unit kenderaan tambahan untuk mengambil penumpang yang tiba ke lapangan terbang tersebut, susulan penyempurnaan balai singgah ketibaan di Bangunan Satelit.


Naik Taraf Standard Menerusi Jentera Elektrik Tulen BMW i7 Series

Perkhidmatan eksklusif ini menyediakan alternatif pengangkutan lebih tertumpu, sesuai bagi pengembara solo, pasangan, dan keluarga dengan had seramai empat (4) penumpang bagi setiap kenderaan, menjamin perjalanan lancar dan menyelesakan di samping melengkapi standard pengalaman kepenggunaan hujung-ke-hujung yang dijanjikan.

“Dengan perkhidmatan eksklusif ini, kami berhasrat untuk menaik taraf pengalaman penerbangan buat para pelanggan segmen atasan, memastikan mereka dapat menikmati keselesaan serba premium atas sebahagian daripada pengalaman hujung-ke-hujung mereka bersama kami.

Malaysia Airlines Private Transfer.

“Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan khas ini berlatarkan penggantungan sementara sistem aerotrain di KLIA Terminal 1, ia menekankan dedikasi kami untuk menaik taraf standard perkhidmatan demi pengalaman penerbangan lebih eksklusif, sementara kami juga memperkukuhkan komitmen kami dalam menerapkan amalan kelestarian, kali ini menerusi jentera elektrik tulen BMW i7 Series.

“Kami berharap untuk memperkayakan lagi perkhidmatan ini buat para penumpang atas sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam menjamin pengalaman yang lancar dan mengujakan, didukung oleh Hospitaliti Malaysia yang tiada bandingannya,” jelas Ahmad Luqman Mohd Azmi selaku Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan dari Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG).

Sementara itu, Rabian Ab Rahman, Pengarah Urusan Ingress Auto Sdn Bhd berkata, “Kami berasa amat teruja untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia Airlines dalam menyediakan pengalaman pengembaraan yang mewah lagi menarik buat penumpang premium mereka.

“BMW i7, dengan keupayaan elektriknya, melambangkan inovasi dan kelestarian dalam industri automotif, sejajar dengan komitmen kami untuk terus menunaikan janji kecemerlangan automotif premium di Malaysia.

“Kami teruja untuk memberi sumbangan kepada standard perkhidmatan Malaysia Airlines yang bertaraf tinggi.”


Daftar sekarang sebagai ahli Enrich dan mula mengumpul Enrich Points untuk menikmati pelbagai tawaran keahlian eksklusif serta muat turun aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai aneka promosi di hujung jari anda, pada bila-bila masa, di mana-mana jua!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd