Now Reading
IHG Hotels & Resorts Umum Pembukaan Hotel Indigo Di KL Dengan Unsur Malaysia

IHG Hotels & Resorts Umum Pembukaan Hotel Indigo Di KL Dengan Unsur Malaysia

Setiap bahagian hotel ini penuh dengan unsur tempatan dan corak yang menggambarkan Malaysia—mula dari bekas tiffin dan bekas biskut Hap Seng, sehingga corak perabot rotan yang menghiasi bilik tetamu hotel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bersempena dengan ulang tahun Hotel Indigo yang ke-150, IHG Hotels & Resorts telah meraikannya dengan pembukaan Hotel Indigo Kuala Lumpur On The Park pertama di Kuala Lumpur. Hotel Indigo Kuala Lumpur On The Park memperlihatkan eksklusiviti yang tidak dapat ditemui di mana-mana tempat lain.

Terletak di pusat Segitiga Emas terkenal di Malaysia, hotel urban yang menawarkan 180 bilik ini menawarkan panorama menakjubkan Bukit Nanas dan dikelilingi oleh Taman Ekologi Hutan KL, satu-satunya hutan hujan tropika terakhir di Kuala Lumpur.

Kawasan ikonik ini bukan sekadar memberi warna kepada reka bentuk hotel, tetapi juga menjadi sumber inspirasi utama untuk karya seni dihasilkan oleh GA Group, pereka tempatan Malaysia.

Hotel Indigo.

GA Group menggabungkan elemen-elemen budaya tempatan, sejarah, dan elemen semula jadi sekitar hutan hujan, mencipta pengalaman memikat bagi memenuhi keinginan setiap tetamu.

Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park menggambarkan keunikan manusia, tempat, dan pengalaman yang menjadi ciri istimewa kawasan ini. Kami sangat teruja untuk berkongsi kisah-kisah menarik ini, membolehkan para tetamu menjalin hubungan yang bermakna dengan pesona bandar ini dan penduduknya. Pasukan kami tidak sabar menantikan peluang mencipta pengalaman penginapan yang benar-benar mencerminkan keaslian tempatan. Kami juga mengalu-alukan kedatangan mereka yang tinggal dalam komuniti untuk turut serta dan berkongsi ruang istimewa ini.

Ashleigh Garside, Pengurus Besar, Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park.

Kelestarian dalam reka bentuk menjadi fokus utama bagi hotel ini. Apabila melangkah masuk ke lobi, para tetamu disambut dengan taman yang hidup, tangga unik dibuat daripada landasan kereta api lama dan bar besi dari tapak pembinaan hotel, pemasangan skala besar oleh GA Design dihasilkan daripada botol plastik kitar semula.

Hotel Indigo, KL.

Bukan itu sahaja, terdapat juga lampu yang dicipta daripada botol, karya seni dibuat menggunakan buku lama, dan meja penyambut tetamu diperbuat daripada akar pokok yang diselamatkan di Malaysia.


Ciri-ciri Unik Dalam Setiap Bilik Hotel Indigo

Setiap bahagian hotel ini penuh dengan unsur tempatan dan corak yang menggambarkan Malaysia—mula dari bekas tiffin dan bekas biskut Hap Seng, sehingga corak perabot rotan yang menghiasi bilik tetamu hotel.

Hotel Indigo, KL.
Hotel Indigo, KL.

Terdapat juga jubin Peranakan yang di lukis tangan, serta mukasurat daripada kalendar Cina sebagai hiasan dalaman almari.

Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park memberikan pandangan baru tentang kawasan sekitarnya, menonjolkan keasliannya serta daya tarikannya dalam ruang-ruang yang mesra dan menarik.

Hotel Indigo, KL.

Hotel ini menghormati sejarah dan tradisi tempatnya, menggalakkan tetamu untuk menjelajahi kepelbagaian yang menjadikan Kuala Lumpur penuh dengan kehidupan dan unik.

Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan pelbagai masakan hebatnya, para tetamu di hotel ini dapat menikmati pelbagai sajian Malaysia tanpa perlu berjalan jauh.

Wok Star menawarkan pengalaman menikmati makanan tempatan terbaik, sementara The Silver Monkey adalah pilihan tepat bagi mereka yang menginginkan hidangan steak luar biasa.


Fasiliti Lain Hotel Indigo

Di atas bumbung hotel pula disediakan kemudahan gim serta kolam renang yang dibuka 24 jam.

Dari sini, tetamu dapat menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang, seperti pencakar langit dan bangunan bersejarah yang menunjukkan kepelbagaian budaya Malaysia.

Selain itu, hotel ini turut menyediakan tiga ruang digunakan untuk menganjurkan sebarang majlis dimana salah satu daripadanya mempunyai pemandangan KL Tower.

Di lobi hotel, terdapat perpustakaan penuh dengan buku dari penulis tempatan yang boleh dibeli sebagai tanda kenangan termasuk dengan bakul ditenun tangan, dijual untuk membantu masyarakat Penan, iaitu orang asli yang berpindah dari Malaysia Timur.


Hotel Indigo, Kuala Lumpur

Hotel Indigo adalah sebahagian daripada kumpulan IHG Luxury & Lifestyle. Ia ialah jenis hotel yang menghubungkan tetamu dengan kawasan sekitar. Matlamat utama hotel ini adalah supaya tetamu boleh merasai pengalaman menjelajah kawasan yang menginspirasikan serta kaya dengan budaya di seluruh dunia.

Dengan 278 hotel yang sudah dibuka, setiap daripadanya diilhamkan dari kawasan setempat, budaya, dan tren makanan, minuman, dan reka bentuk untuk mencipta suasana mesra dan bertenaga.

Pada tahun 2024, beberapa hotel Indigo baru akan dibuka, seperti Hotel Indigo Saigon The City, Hotel Indigo Bandung Dago Pakar, Hotel Indigo Bintan Lagoi Beach, Hotel Indigo Jabal Al-Akhdar, dan Hotel Indigo Palau.

IHG One Rewards menyediakan lebih banyak cara untuk tetamu Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park serta IHG Hotels & Resorts yang lain mendapatkan ganjaran. Program ini menawarkan faedah yang disesuaikan dengan keperluan tetamu dan dijalankan melalui aplikasi mudah alih.

Untuk pertanyaan atau tempahan [KLIK SINI]. Atau hubungi 03 2630 3888, atau e-mel ke hotelindigo.kualalumpur@ihg.com.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd